"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Talam Langsaikan RM241.36 juta Hutang Kepada MBI

Syarikat Talam Corp Bhd akan melangsaikan hutang sejumlah RM241.36 juta ringgit kepada Pemerbadanan Menteri Besar melalui penjualan hartanah dan wang tunai.

Dalam satu kenyataan hari ini, jumlah wang tunai yang dibayar kepada MBI mencecah RM12.67 juta manakala penjualan hartanah pula mencapai 228.69 juta ringgit.

MBI dan Talam Corp mencapai persetujuan ini pada Sabtu lepas.

MBI sebelum ini berjaya memungut RM50 juta dari keseluruhan hutang RM391.7 juta milik Talam Corp. Kerajaan Negeri November lepas mengambil inisiatif mengambil-alih hutang-hutang Talam kepada syarikat-syarikat milik Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jumlah ini, yang berjaya dikumpul MBI disebalik kritikan ramai-pihak akan disalurkan ke program mikro-kredit kerajaan negeri untuk golongan miskin.

"Yang miskin, dan mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500 untuk seisi rumah boleh memohon pinjaman kecil untuk membantu mereka memulakan atau membangunkan perniagaan," tegas Khalid.
-tvselangor-

Tiada ulasan: