"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno mula panik : Anwar akan di'cold storage'kan

Al-Brangi
Seboleh-bolehnya Umno mahu 'simpan' Datuk Seri Anwar se'lama-lama'nya. Selagi beliau ada di Parlimen khasnya dan di bumi Malaysia amnya, selagi itulah beliau menjadi duri dalam daging Umno. Beliau diibaratkan seperti gunting dalam lipatan kain Umno.

Datuk Seri Anwar adalah 'library' bergerak. Semua perkara dan hal-hal dalam 'kelambu' Umno berada di hujung jarinya. Umno amat cukup tidak selesa dan setiap hari berasa cuak, tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti 'what's next' daripada DS Anwar.

Serangan peribadi dilancarkan bertalu-talu ke atas DS Anwar. Orang-orang yang rapat dengan beliau dijadikan 'meriam buluh', dijadikan kuda tunggangan, dijadikan 'barua' untuk membantu serangan ke atas Anwar agar rakyat lebih mempercayai kerana keakraban mereka dahulu.

Serangan demi serangan melalui media penjilat untuk menimbulkan serta mengwujudkan kesangsian rakyat kepada Anwar khasnya dan PKR/Pakatan Rakyat amnya dan akhirnya rakyat terus yakin dan mempercayai segala serangan itu.

Sementara menunggu kes Mahkamahnya, Datuk Seri Anwar akan di'cold storage' dahulu daripada menghadiri sesi Parlimen, lantas Umno/BN akan bentangkan usul merujuk DS Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung dakwaan DS Anwar yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Tiada ulasan: