"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Parlimen hangat, bahas usul rujuk Anwar ke JK Hak dan Kebebasan

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 22 April:
Dewan Rakyat ketika ini sedang dihangatkan dengan perbahasan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Dua daripada lapan pembahas baru selesai mengutarakan hujah masing-masing iaitu Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Datuk Nur Jazlan Mohamad (BN-Pulai).

Sedang berbahas ketika ini Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).

Lima lagi ahli Parlimen yang akan berbahasa ialah Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang pauh), Datuk Seri Nazri Aziz (BN-Rengas), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), dan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).

Azmin dalam perbahasannya mendakwa usul itu merupakan usaha terancang Umno BN untuk menghalang Anwar daripada terus mendedahkan mengenai kerjasama Malaysia dengan Apco dan zionis Israel.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi berkata, tindakan Umno BN mahu mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen kerana dendam dan tidak puas hati dengan pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat beliau.

Bercakap dalam ceramahnya di batang Kali beliau memberitahu tiada masalah dengan tindakan Umno BN itu dan bertanggungjawab terhadap pendedahan hubungan Malaysia dengan dua firma yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, iaitu IAC dan Asiasoft (M) Sdn. Bhd di parlimen baru baru ini.

Bercakap di pentas yang sama, Salehuddin Ayub, Naib Presiden PAS berjanji seluruh Ahli Parlimen PAS yang lain akan terus mempertahan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana Anwar di pihak yang benar.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Kubang Kerian turut mengajak rakyat supaya mengundi Zaid sebagai manifestasi pada penolakan sesiapa sahaja calon BN yang nyata tidak berupaya mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat yang dilihat seakan tunduk kepada pengaruh luar.

Anwar bersama-sama Ahli Pakatan Rakyat yang lain lantang menyuarakan bantahan menentang tindakan segelintir pemimpin Umno BN menjadikan Malaysia sebagai proksi tidak langsung beberapa pemimpin Zionis-Israel dalam hal itu.

Hari ini Parlimen akan membahaskan usul untuk mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mewakili BN.

Tiada ulasan: