"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Aziz restu Zaid, yakin bela Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 22 April: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijangka berada di sini esok untuk membantu berkempen membuat rayuan terbuka meminta pengundi-pengundi Hulu Selangor agar memilih calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, Ahad ini.

Rayuan itu disiarkan dalam Harakah edisi 23-25 April.

“Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.

“Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari Keadilan,” kata Nik Aziz (gambar ) yang juga Menteri Besar Kelantan.

Rayuan terbuka itu dibuat ketika Zaid berhadapan dengan serangan peribadi sebagai kaki sosial termasuk mengambil arak.

Zaid sudah membuat pengakuan bahawa telah berubah, yang turut ditekankan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Zaid pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Baru, Kelantan dari 2004 hingga 2008.

Nik Aziz berkata, beliau yakin atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan anggota Kabinet persekutuan Zaid mampu melaksanakan dan tugas dan tanggungjawab untuk membela harapan rakyat Hulu Selangor.

“Keluarlah mengundi beramai-ramai, dengan hiraukan ugutan Umno-BN,” kata beliau.

Pengundian pilihan raya kecil bahagian Hulu Selangor ini, yang mempunyai lebih 64,000 pengundi akan keluar mengundi Ahad ini pada pilihan raya kecil pertama bagi negeri ini sejak Mac 2008.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: