"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Koperal polis ganggu siasatan kes pecah rumah babitkan kawannya?

ZAILI MUHAMMAD
MELAKA: Seorang surirumah, Koid Chai Hoon mendakwa siasatan terhadap kes pecah rumah beliau diganggu oleh se
orang anggota polis berpangkat Koperal yang bertugas di IPD Jasin kerana suspek utama dalam kes tersebut adalah merupakan rakan baiknya.

Beliau membuat laporan polis pada 10 Januari lalu di Balai Polis Merlimau, sejurus pulang daripada Sungai Petani, Kedah, apabila mendapati rumahnya telah dipecah masuk dan kehilangan beberapa barangan berharga termasuk wang tunai.

Menurutnya, hasil kerjasama yang diberikan oleh beliau kepada pihak polis telah membawa kepada penangkapan tiga orang suspek tetapi campurtangan Koperal tersebut menyebabkan mereka tidak dituduh di mahkamah sehingga kini.

Koid juga mempersoalkan mengapa polis hanya merampas sebahagian barangan yang dicuri itu pada serbuan pertama di rumah keluarga suspek di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan setelah beliau mendesak polis akhirnya bersetuju melakukan serbuan ke dua tetapi tidak menemui apa-apa kerana barangan tersebut telah disembunyikan.

"Semasa serbuan dibuat mereka berdua ada ikut sama di mana Koperal itu telah memberikan 'handpone' kepada suspek utama untuk menghubungi keluarga ketika dalam perjalanan supaya menyembunyikan barangan curi itu.

"Semasa serbuan ada barang kes ditemui di dalam kereta kakak suspek tetapi ianya tidak dirampas dan kakak suspek juga dilepaskan begitu sahaja setelah suaminya bertemu dengan pihak polis," ujarnya.

Dia berkata, dalam kes ini saya dan suami bekerjasama membantu polis menangkap suspek dan sepatutnya pihak polis menyelesaikannya mengikut saluran undang-undang sedia ada tetapi sebaliknya saya dilayan seperti orang yang bersalah, inikah balasannya.

Tambahnya, gangguan dan campurtangan daripada anggota yang tidak bertanggungjawab ini telah menafikan hak saya dan saya mahukan polis bersikap adil terhadap saya serta amat menghargai tindakan segera daripada pihak polis.

Menurut Adun Bachang (DAP), Lim Jak Wong, beliau telah membawa mangsa bertemu Ketua Polis Melaka pada 3 Mac lalu dan keterangannya telah diambil tetapi sehingga kini tiada tindakan yang telah diambil.

"Saya telah menghantar surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkenaan kes ini dan meminta satu siasatan dijalankan kerana mendapati adanya gejala rasuah serta salahguna kuasa dalam penyiasatan kes tersebut.

"Saya juga berharap kes ini diberi perhatian serius dan dapat dilaksanakan dengan adil demi memelihara nama baik PDRM," kata beliau.
-detikdaily-

Tiada ulasan: