"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Permohonan Tengku Faris ketepi saman kereta Bentley didengar 9 Jun

KUALA LUMPUR, 8 April: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 9 Jun bagi mendengar permohonan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Sultan Ismail Petra untuk mengetepikan saman adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry berhubung pemilik benefisial sebuah kereta Bentley Brooklands, berharga RM1.6 million.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof akan mendengar permohonan itu.

Penolong kanan pendaftar Suzarika Sahak menetapkan tarikh itu dalam kamar hari ini di hadapan peguam P. Vadivu, yang menyebut bagi pihak peguam Tengku Muhammad Fakhry, Datuk Mohd Haaziq Pillay, dan Idza Hajar Ahmad Idham, yang mewakili Tengku Muhammad Faris.

Vadivu berkata mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak supaya mengesahkan afidavit mereka sebelum 13 April.

Pada 9 Sept tahun lepas, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman pemula, dengan menamakan Tengku Mahkota sebagai defendan, untuk memohon antara lain, deklarasi bahawa kereta berwarna biru itu dengan nombor pendaftaran DBG 1, yang dibeli bagi pihak atau untuk kegunaan baginda atau ayahanda baginda, adalah kepunyaannya.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: