"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Usaha terakhir pujuk ketua wanita MCA

Pergerakan Wanita MCA sedang berhimpun di Wisma MCA, Kuala Lumpur sebagai usaha terakhir memujuk ketua mereka, Datin Paduka Chew Mei Fun supaya tidak meletakkan jawatan.

Mesyuarat jawatankuasa pusat Wanita sedang berlangsung dan Chew dijadualkan membuat keputusannya selepas mesyuarat itu.

Beliau dilaporkan berkata sebelum pemilihan parti itu pada 28 Mac lalu yang dia akan meletakkan jawatan sekiranya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden.

Chua memenangi jawatan itu dengan menumbangkan presiden ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden, Tan Sri Ong Ka Ting.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: