Selepas dua tahun memerintah, komitmen kerajaan Pakatan Rakyat kepada kebajikan rakyat Selangor diraikan dengan kesyukuran dan tanda setuju dari warga setempat.
Tinjauan TV Selangor mendapati penduduk bersikap pragmatik ketika ditanya parti pilihan masing-masing.
Rata-ratanya mengambil pendirian atas pagar, namun setiap dasar dan program kerajaan negeri diberi perhatian serius.
Malah menurut penduduk Hasanuddin Kamaruddin, di kawasan yang dikatakan tegar Umno, komitmen yang ditunjukkan turut berhasil memenangkan penyokong baru.
“saya tengok kerajaan negeri sekarang ni bertambah maju, ada improve la, sungguh pun dia baru memerintah, kita kena hormat la dia baru, daripada yang dulu bertahun-tahun, saya nampak la perubahannya, dengan dia punya jawatankuasa exco-exco dia bagus“
Menurut peniga, Sanif Mirat, pula sedikit sebanyak agenda kebajikan rakyat dapat dinikmati tanpa mengira ideologi politik
“Dulu, entah saya tengok serupa, untungnya sekarang ni, dapat air free, dulu tak ada, itu jela”
Suasana di pekan Kuala Kubu Bharu tenang meskipun hari kempen Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Penduduk meneruskan rutin harian seperti biasa, seolah kehadiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak Sabtu lepas bersama tiga bas penyokong yang diimport dari Cheras sekadar desiran angin sahaja.
Bagi warga Hulu Selangor, mereka mengalu-alukan pendekatan kerajaan negeri membantu segenap lapisan masyarakat merentasi garis politik, misalannya pemberian hak milik tanah kepada lebih 180 penduduk di Ulu Bernam Sabtu lalu.
Bagi peniaga Nur Cahaya Mohd Tahir, program air percuma telah banyak meringankan tanggungannya. Dua anaknya kini melanjutkan pelajaran ke menara gading, manakala seorang lagi sedang bersekolah.
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan