"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pisang dua kali, Chua ulangi kesilapan Ka Ting?

Presiden baru MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengambil pendekatan pragmatik apabila menamakan barisan kepemimpinan baru MCA Rabu lalu.

NONESelain melantik penyokong setianya ke jawatan utama, dia juga membuat kejutan dengan menamakan beberapa pemimpin persatuan dan dewan perniagaan Cina untuk menduduki majlis presiden.

Chua juga membawa anaknya, Tee Yong, yang juga ahli parlimen Labis,ke majlis presiden.

Bagaimanapun tindakan berkenaan mengundang rasa tidak puas hati dan ramai yang berpendapat bahawa beliau mengulangi kesilapan besar yang dilakukan oleh bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Ketika zaman berkuasanya, Ka Ting terkenal dengan usahanya melobi dan cubaan menusuk ke kumpulan dan persatuan Cina serta melantik abangnya, Ka Chuan sebagai setiausaha agung MCA.

Menurut beberapa penganalis politik, jemputan MCA kepada Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong), Dewan Perniagaan dan Industri Cina (Acccim) dan Pertubuhan Tujuh Bangsa telah mengecilkan peranan mereka.

NONEDr Phoon Weng Keong yang telah sekian lama memantau keadaan politik MCA berkata tinfdakan Chua itu menjadikan gergasi pertubuhan Cina itu sebagai 'bahagian' parti itu.

“Jemputan ke majlis presiden lazimnya adalah terbuka kepada ahli bersekutu dan pemimpin barisan kedua, yakni mereka berhak bersuara tetapi tidak mempunyai hak mengundi,” jelasnya.

"Kedua-dua Hua Zong and Acccim mempunyai sekurang-kurangnya 2000 ahli dan pemimpin mereka bergelar Tan Sri tetapi mereka bukan ahli rasmi dalam majlis presiden, adakah status mereka lebih rendah daripada Chua Tee Yong?" soalnya lagi.

Tee Yong sejak memenangi kerusi Labis pada pilihan raya umum yang lalu dikatakan gagal menunjuk prestasi yang memberangsangkan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: