"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengakuan Asiasoft: Hishamuddin, Musa Disaran Mohon Maaf, Letak Jawatan

SHAH ALAM, 9 APR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin menggesa individu yang terlibat menyorok maklumat mengenai penyusupan perisik Israel-Zionis di Bukit Aman, harus sekurang-kurangnya memohon maaf kepada rakyat.

Malah, beliau menyifatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh dengan meletak jawatan.

Ia berikutan tindakan pro-aktif yang dilakukan KDN mahupun PDRM hanya dibuat selepas pendedahan dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

"Maknanya, kita bukan buat pendedahan kosong. Akhirnya, dengan bukti yang kita bagi, Musa Hasan dan Hishamudin sendiri terpaksa mengakui memang Asiasoft itu wujud.

"Kontrak dan tender itu wujud dan lebih dari itu, keselamatan negara tergadai apabila ejen perisikan telah masuk.

"Sekarang, seseorang harus bertanggungjawab. Kalau bukan Ketua Polis Negara, orang yang harus bertanggungjawab ialah Menteri Dalam Negeri. Paling tidak, dia kena minta maaf secara terbuka.

"Kalau lebih bermaruah, dia harus meletakkan jawatan," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Ibarat terantuk baru tengadah, begitulah gelagat Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia yang kelam kabut melakukan tindakan wajar selepas pendedahan dibuat Anwar.

Mengikut Malaysiakini, Hishammudin mengakui wujudnya masalah dengan Asiasoft yang didedahkan Anwar sebagai syarikat yang membawa masuk dua perisik Israel Zionis bagi mengendalikan perisian komputer di Bukit Aman.

Sepupu Perdana Menteri itu bagaimanapun menyatakan Asiasoft sudah ditamatkan perkhidmatannya dan mahu mengambil pendekatan bagi menyiasat pendedahan penyusupan dua perisik Israel Zionis itu.

Empat pendekatan itu ialah mengarahkan pegawai khasnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia, selain membawa isu ini ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.
-tvselangor-

Tiada ulasan: