"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas rakan kongsi niaga saman fitnah Sheila Rusly

KUALA LUMPUR, 9 April: Belum pun selesai kes samannya terhadap bekas rakan kongsi perniagaan restorannya Datuk Azlina Che Abdullah, hari ini penerbit drama dan pelakon Sheila Rusly pula disaman oleh Azlina.

Azlina menfailkan saman fitnah itu bagi menuntut gantirugi am RM5 juta terhadap penerbit akhbar Berita Harian, Berita Harian Sdn Bhd dan Sheila, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Arif.

Pada 21 Jan 2006, Sheila menyaman Azlina kerana melanggar perjanjian perkongsian lisan yang dibuat Azlina berhubung Restoran Nasi Dagang House, yang menyajikan masakan dari Pantai Timur.

Perbicaraan kes itu akan disambung semula pada 14 Julai ini. Hari ini, Azlina menyaman penerbit akhbar Berita Harian dan Sheila berhubung tiga artikel yang diterbitkan akhbar itu bertajuk “Nasi Dagang House Sheila Rusly Bungkus”, “Sheila Rusly Minta Nasihat Peguam” dan “Ramai Simpati Nasib Sheila” yang diterbitkan pada 9, 12 dan 14 Okt, 2005.

Peguam Mohd Firuz Jaffril yang mewakili Azlina, seorang ahli perniagaan, ketika ditanya mengapa saman itu baru difailkan, berkata pada ketika itu pihaknya merasakan ia tidak sesuai difailkan.

Dalam penyataan tuntutannya, Azlina mendakwa penerbit akhbar Berita Harian telah menerbitkan dan mencetak perkataan-perkataan berunsur fitnah mengenainya tanpa mendapatkan fakta yang sebenar darinya.

Beliau berkata akibat perkataan fitnah itu beliau telah mengalami kerugian dan memohon gantirugi am RM5 juta, gantirugi khas, teladan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai.

-Bernama-

Tiada ulasan: