"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tahniah Chew Fun, anda memang berprinsip

S Wahab
Saya hormati keputusan Datin Paduka Chew Mei Fun kerana sanggup meletakkan semua jawatan beliau dalam kerajaan dan parti kerana tidak boleh menerima seorang yang terlibat dengan skandal memimpin parti MCA.

Terbukti beliau seorang yang berprinsip dan teguh pendiriannya.

Saya mencabar semua pemimpin MCA terutama Pergerakan Wanita MCA supaya mengikut jejak langkah Mei Fun kerana tidak ada gunanya berjuang dalam sebuah parti yang dipimpin oleh seorang yang tidak bermoral dan tidak berintegriti.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menolak parti yang dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai skandal dan kontroversi.

Rakyat juga seharusnya memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin bawahan parti-parti ini komponen BN supaya mereka sedar bahawa pemimpin parti mereka bermasalah dan wajar ditolak serta merta

Sebagai langkah pertama, rakyat Hulu Selangor mesti menggunakan kesempatan yang ada menolak calon BN pada , PRK Hulu Selangor pada 25 April.

Berikan isyarat kepada mereka bahawa parti-parti komponen BN dan BN sendiri sudah tidak laku dan rakyat sudah muak dan mual dengan skandal, rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan sebagainya.

Sekali lagi syabas kepada Datin Paduka Chew Mei Fun. Saya syorkan kepada beliau supaya cepat-cepat menyertai PR supaya kita dapat sama-sama berjuang menyelamatkan Malaysia dari BN.

Tiada ulasan: