"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemelut Umno hadapi Empat Dilema ?

SUARDI SAWAI

BERSEMPENA dengan sambutan 1 tahun Najib di tingkat 5, semua media perdana mulai daripada akhbar, Tv, radio bahkan ada pintomin segala. Heboh tentang kehebatan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Semalam lagi hebat menerima anugerah pemimpin Transformasi Asia dari ASLI.

Berpuluh-puluh muka surat akhbar totok mereka meliput kehebatan Najib, tidak cukup dengan itu, rencana, lidah pengarang, ditulis dengan panjang lebar oleh cendikiawan UMNO/BN untuk menjulang kehebatan Najib.

Seorang bekas intelektual KeADILan yang telah lama lari meninggalkan medan perjuangan mengulas bahawa: Najib Perdana Menteri Malaysia yang terhebat di kalangan perdana menteri-perdana menteri yang lalu, begitu Chandra Muzaffar berujar.

Beginilah modelnya budaya bodek yang dipupuk siang malam oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN, gila, keterlaluan benar Chandra. Kalau mahu membodek, ingat jugalah sikit Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Badawi. Penyakit ampu bodek inilah yang paling merosak pemimpin-pemimpin negara kita selama ini. Tahukah anda wirid golongan ini: Ampu Sana Wa Ampu Sini Wa Angguk Sajaaaa.

Kerja-kerja tidak munasabah ini yang disiarkan berterusan dan berulang-ulang, sebagaimana konsep Hitler dengan media iaitu pembohongan yang diulang-ulang akhirnya akan dianggap satu kebenaran, sebenarnya sudah ketinggalan zaman.

Pada era Hitler, media hanyalah akhbar/radio yang boleh dikontrol sebaliknya sekarang, ada ribuan tapak sesawang yang ikut menjadi sumber maklumat masyarakat; Dunia Sudah Maju, Zaman Sudah Berubah.

Saya berpandangan, ini semua akan menjadi ‘boomerang’ kepada Najib. Anda tahulah boomerang ini, dia pasti akan kembali menyerang tuannya.

Saya ingin menyertakan beberapa tentang bukti kegagalan Najib sebagai fakta terhadap dakwaan saya bahawa Najib telah gagal renungan kegagalan kepimpinan Najib, baru kita lihat masalah dalam UMNO/BN.

Masalah dalaman umno kelam kabut;

DILEMA KU LI:

Sekarang, hari-hari Ku Li meludah Najib, begitulah tamsilannya. Apabila Ku Li naik pentas PAS di Kota Bharu dan selanjutnya di Kuala Terengganu dan baru-baru ini di KDCA, Kota Kinabalu dan bukan mustahil menyusul di Sarawak.

Penampilan Ku Li dipentas-pentas tersebut betul-betul mempermalukan UMNO/BN. Apa tidaknya, UMNO/BN kata Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak kerana minyak tidak terdapat di pesisiran Kelantan. Ku Li kata Kelantan layak, kerana minyak terdapat dalam perairan ekslusif Kelantan yang diiktiraf oleh antarabangsa dan patut juga dimaklumi, semua minyak yang terdapat di Terengganu, Sabah dan Sarawak juga terdapat dalam perairan eklusif ini. Najib dan juak-juak umno cakap Kelantan tidak layak dapat royalti minyak, tapi sekadar wang ehsan saja, Ku Li kata, Kelantan layak mendapat royalti.

Fenomena ini menggambarkan dengan jelas bahawa;

Kepimpinan ‘hebat’ Najib langsung tidak dipedulikan oleh ahlinya iaitu Ku Li

Najib dan Ahli Majlis Tertinggi umno tidak berani bertindak terhadap Ku Li, walaupun mereka sedar bahawa tindak tanduk Ku Li tersebut adalah merupakan kesalahan yang amat besar, kerana tampil di pentas pembangkang.

Muhyiddin TPM pernah menimbulkan akan mengheret Ku Li ke lembaga disiplin umno, tapi sampai sekarang tidak ada kabar beritanya. Dan, anda tahu apa kata Najib, beliau berkata akan mengkaji dahulu ucapan Ku Li, lepas itu sunyi sepi sehingga sekarang, barangkali tidak selesai lagi mengkajinya.

Kalau hari ini Ku Li saja yang berani, saya tidak heran kalau pada masa akan datang akan tampil lain-lain pemimpin umno yang berani menconteng arang di kening Najib/UMNO. Dan, kemungkinan tersebut bukan mustahil datangnya dari Sabah.

Kalau kita cuba membandingkan, kepimpinan Najib dengan kepimpinan Anwar Ibrahim sangat jauh berbeza. Anwar tidak teragak-agak memecat Zulkifli Nordin, walaupun Anwar sedar, PKR akan kehilangan ahli parlimen yang sangat diperlukan. Tapi Anwar berpegang pada prinsip parti, bahawa tidak boleh ada pelecehan terhadap kepimpinan dan parti dilakukan oleh ahlinya.

DILEMA ZAHRAIN.

Tujuan utama perancangan meletakan ucapan Zahrain pada hari pertama pembukaan sidang parlimen baru-baru, untuk membelasah Anwar dan PR.

Ternyata Zahrain telah keseronokan sangat mendapat tepukan, lalu kelihatanlah kualiti Zahrain ini sebagai ‘politikus ingusan’ apabila sampai menyebut MP dari Sabah sebagai orang-orang yang akan lompat dari umno.

Tidakkah Zahrain sadar bahawa penyebutan nama-nama orang umno Sabah sebagai kaki lompat akan menyebabkan masalah dalaman umno terutama sekali di Sabah. Sekarang, pelbagai khabar angin sedang bertiup kencang mengharu-birukan perpaduan umno di Sabah. Berlaku saling tuding menuding di kalangan kepimpinan umno negeri dan bahagian. Dijangkakan akan berlaku perubahan besar-besaran calon-calon wakil rakyat umno/bn pada pilihanraya ke 13 akan datang.

Kesimpulannya, Zahrain telah menyebabkan kocakan besar dalam politik umno Sabah. Tengoklah cara YB Ghafpor mengulas kenyataan Zahrain, dahsyat sekali, beliau menuduh Zahrain sudah ‘kembung’ kekenyangan.

Isu ini, kalau Najib tidak bijak menanganinya, percayalah, PRU ke 13 akan datang, Sabah sudah pasti bukan lagi ‘deposit umno’.

Saya melihat satu peluang besar kepada Pakatan Rakyat untuk merampas Sabah.

DILEMA KOMPONEN BN

Semua parti komponen bermasalah, sebagaimana yang saya sebut di atas, umno bermasalah.

MCA juga bermasalah, terpilihnya Chua Soi Lek dengan bebanan moral yang sangat berat, pasti akan menjadi belasahan PR pada pilihan raya akan datang. Terpilihnya Chua Soi Lek, juga menggambarkan Najib tidak dipeduli oleh MCA, kerana sebenarnya Najib mahu Ong Ka Ting jadi Presiden.

PPP, lagi banyak masalah, menteri yang mewakili PPP adalah bukan ahli PPP.

Gerakan, asyik berkelahi. Mula-mula dengan Ahmad Ismail di P. Pinang, sekarang ni dengan Ibrahim Ali dari PERKASA.

DILEMA IBRAHIM ALI DARI PERKASA.

Ini akan jadi masalah besar kepada Najib, kerana PERKASA adalah ektremis Melayu, begitu pendapat parti-parti komponen BN.

Kita melihat, Najib mahu menggunakan Ibrahim Ali untuk mengangkat isu-isu Melayu yang umno sudah tergigit lidah mahu bercakap di kalangan parti komponen.

Walau bagaimanapun Najib mahu mengelak, tapi penggunaan PWTC sebagai gelanggang merasmikan mesyuarat agung pertama sudah cukup membuktikan keterlibatan Najib dalam Perkasa.

Akhirnya, keceluparan Ibrahim Ali, bukan akan membuat Ibrahim mendapat peluang menjadi ‘seseorang’ dalam pemerintahan Najib, tapi sebaliknya, Najib akan mengorbankan Ibrahim ke Kemunting untuk membuktikan ke-1Malaysia-an Najib. Akhirnya keghairahan Ibrahim membawa isu-isu yang telah luput tarikh dari umno, memakan tuan. Saya ingin mendahului selamat berehat di Kemunting kepada Ibrahim Ali..

-Sabahkini.net-

Tiada ulasan: