"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MAPIM: Usah Tunduk Pada Israel Jika Sokong Rakyat Palestin

KUALA LUMPUR 7 APR: Kerajaan tidak wajar tunduk kepada mana-mana kuasa Barat terutama negara berfahaman zionis jika menyokong perjuangan rakyat Palestin, tegas Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Mapim hari ini hadir ke parlimen bagi menyerahkan surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang, dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional bagi mendapatkan sokongan terhadap memorandum Mapim yang akan dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kita merasakan bahawa kerajaan Malaysia, Parlimen dan juga rakyat untuk mengutuk dan mengecam tindakan Israel itu mesti digunai walaupun kita membuat satu pendirian pada tahun 2009.

Beliau berkata, Mapim mencadangkan Parlimen yang sedang bersidang ketika ini mengeluarkan satu resolusi khas mengutuk keganasan Yahudi Israel yang sehingga kini terus melakukan kekejaman ke atas rakyat Gaza.

"Yang kedua ialah kita ingin supaya Parlimen mengambil sedikit masa untuk membahaskan usul mengutuk dan mengecam Israel yang terus mengganas di Gaza dan dunia tidak berbuat apa-apa," katanya.

Mapim turut mencadangkan Parlimen membentuk satu kaukus khas iaitu kaukus Malaysia untuk Palestin bagi membolehkan isu keganasan terhadap Gaza diberi fokus utama.

Beliau juga meminta dua orang ahli parlimen turut menyertai misi bantuan Gaza yang akan disertai aktivis pada 3 Mei ini dengan mengikuti rombongan kapal-kapal flotia ke sana.

"Kita minta dua orang dan yang lain itu siapa yang menyokong APCO jangan pergilah," sindir beliau.
-tvselangor-

Tiada ulasan: