"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ezam Masih Tidak Menjawab?

Mohd Nazree Mohd Yunus

Saya telah dimaklumkan oleh seorang rakan wartawan bahawa melalui sebuah ceramah dan telahpun disiarkan oleh Utusan Malaysia bahawa Ezam telahpun memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu kerana telah membela Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya yang pertama. Melalui laporan itu Ezam telah menyatakan bahawa dahulu beliau tidak mengetahui perangi sebenar Anwar dan sekarang barulah beliau tahu.

Namun saya ingin supaya perkara ini dijelaskan oleh Ezam. Apakah perkara sebenar atau perangi sebenar Anwar Ibrahim yang dimaksudkan oleh Ezam yang dahulu beliau tidak tahu tetapi sekarang setelah menyertai UMNO beliau membuat pengakuan baru mengetahui perkara sebenar? Apakah sebenarnya Ezam mahu menjawab cabaran saya dengan menyebut dengan jelas bahawa beliau percaya Anwar Ibrahim seorang peliwat?

Saya kira Ezam masih lagi berlapik dalam menjelaskan perkara ini. Dan selagi mana ini tidak dijelaskan dengan terang. Saya percaya bahawa Ezampun masih lagi 50-50 dalam mempercayai tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim. Ketulenan UMNO Ezam juga boleh diragui!. Ini seterusnya memberi makna bahawa tuduhan liwat ini tidak relevan untuk dijadikan hujah bagi menentukan soal prinsip perjuangan kerana ianya tidak ada kepastian. Apatah lagi kes ini dalam perbicaraan.

Jika inipun tidak ada kepastian daripada Ezam, maka hujah menyatakan penghijrahan ke UMNO itu adalah mungkin kerana tuduhan liwat ini boleh kita sifatkan sebagai tidak ada asas serta kerelevanannya. Ramai dikalangan anak muda termasuk mahasiswa di kampus yang sempat saya bertemu jelas menyatakan ketidaksetujuan dengan hujah kepercayaan kepada kes liwat sebagai asas untuk menukar haluan politik kepada UMNO/BN. Malah dengan kes liwat yang dituduh terhadap Anwar Ibrahim ini menyebabkan sokongan anak muda, mahasiswa dan golongan middle class beralih arah terhadap Pakatan Rakyat. UMNO/BN dilihat seolah berada dalam sirkulasi konspirasi politik tuduhan liwat kedua terhadap Anwar Ibrahim.

Saya masih lagi menanti sebutan jelas Ezam berkaitan soal ini. Apakah perkara sebenar itu yang dimaksudkan olehnya? Insyalah saya juga akan menjawab kembali jika Ezam berani menyatakan perkara itu. Wassalam.

Tiada ulasan: