"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perisik Israel di Bukit Aman: Hisham arah siasat

Kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat sama ada dakwaan bahawa agen Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebagai langkah pertama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan pegawai khasnya untuk membuat laporan polis.

Laporan yang sama juga akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

"Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius.

"Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya. Sebagai rekod, kontrak dengan syarikat Asiasoft juga telah ditamatkan,” kata Hishamuddin.
-malaysiakini-
-kita jemput orang masuk dalam rumah, lepas tu baru nak siasat- kerengga

Tiada ulasan: