"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perjuangan Dato Seri Anwar terus diuji dan berliku

anak_muar
Akhirnya kawasan Parlimen Hulu Selangor kembali ke pangkuan kerajaan BN setelah 2 tahun dibawah PKR.PRK Hulu Selangor ini adalah dianggap PRK paling penting serta penentu bagi pihak PR dan BN bagi menunjukkan diantara kedua pihak ini manakah yang benar-benar dapat menawan hati rakyat.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa PRK Hulu Selangor bagi menentukan jatuh bangunnya imej BN yang diketuai Najib Razak mahupun PR yang diketuai Anwar Ibrahim.

Namun ramalan awal banyak mengatakan bahawa kerajaan BN akan memenangi PRK P94 ini dengan alasan bahawa Najib dilihat begitu berusaha melakukan perubahan terhadap pentadbiran kerajaan UMNO-BN walaupun kerajaan BN mahupun penerajunya sendiri menghadapi pelbagai dakwaan skandal yang agak serius.Kemenangan pihak BN dengan majoriti 1725 dalam PRK P94 pada hari ini adalah jawapan atau penerimaan rakyat Hulu Selangor terhadap perubahan yang dibawa oleh Najib.

Di pihak Anwar pula ia adalah suatu ujian dan dugaan besar yang bakal dipikul oleh beliau selaku peneraju PKR-PR.PKR baru sahaja menghadapi masalah dalaman yang agak serius apabila 4 ahli parlimen mereka telah bertindak menjadi ahli bebas kerana tidak serasi dengan dasar parti selain terpalit dengan isu masalah peribadi yang mendorong mereka keluar parti. Dugaan yang terkini pula ialah apabila PKR telah mengalami kekalahan dalam PRK Hulu Selangor menentang calon BN dari MIC.Ini bermakna kerusi parlimen PKR dalam parliomen semakin berkurangan.

Kekalahan PRK ini juga akan digunakan dengan semaksima mungkin oleh kerajaan UMNO-BN untuk menghentam dan merosakkan imej Anwar selaku peneraju PKR dan juga PR.Ini adalah permulaan pihak UMNO-BN untuk menggunakkan isu kekalahan PKR-PR ini sebagai senjata baru dalam politik mereka dalam menghadapi PR.Namun kekalahan pihak PKR bukanlah bererti perjuangan dalam membela suara rakyat telah berakhir.Anggaplah ia sebagai satu cabaran positif bagi menghadapi PRU-13 nanti.

Anwar Ibrahim akan terus berhadapan dengan pelbagai ujian yang penuh dengan berliku demi untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN dengan membawa wadah perjuangan baru terhadap seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan besar yang positif terhadap negara dan seluruh rakyat. Buat penyokong PKR-PR sekarang ini bakal berhadapan dengan perang persepsi daripelbagai pihak dalam mahupun luar parti.Apapun terus perjuangan sehingga PRU-13,Insyaallah PR bakal menjadi parti pemerintah.

Tiada ulasan: