"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pornthip dihalang untuk dedah kebenaran?

Ean Yong Hian Wah

Saya berasa amat kesal dan terperanjat bahawa Kerajaan Barisan Nasional memberi tekanan untuk menghalang Dr.Pornthip agar beliau jangan datangke Malaysia untuk memberi keterangan mengenai kes kematian Teoh Beng Hock.

Jikalau apa yang dikatakan oleh Pornthip (gambar kiri) adalah benar, saya minta Perdana Menteri Najib menjelaskan pendiriannya dengan segera. Adakah kerajaan pusat membenarkan Pornthip masuk ke Malaysia untuk memberi keterangan sambil menjamin keselamatan beliau?

Pornthip pada peringkat awalnya pernah mengatakan berdasar laporan pembedahan pertama yang dilakukan oleh pakar tempatan ke atas mayat Teoh Beng Hock, beliau membuat kesimpulan bahawa terdapat 80% kemungkinan homisid dan 20% kemungkinan bunuh diri.

Rakyat berasa amat marah kerana peminpin dan jentera kerajaan Barisan Nasional cuba menghalang rakyat untuk mengetahui kisah benar kematian Teoh Beng Hock.

Tindakan kerajaan Barisan Nasional adalah tidak wajar dan telah menganggu proses inkues untuk menuntut keadilan kepada Teoh Beng Hock.

*Kenyataan media oleh Ean Yong Hian Wah selaku Pengerusi DAP Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Tiada ulasan: