"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jangan ziarah N.Sembilan , ada kumpulan samseng

amkns
Nampaknya pelancong-pelancong yang ingin datang ke Negeri Sembilan ini dinasihatkan jangan datang melancong ke Negeri Sembilan. Ini kerana Ketua Polis Daerah Seremban sendiri mengakui adanya kumpulan samseng di Negeri Sembilan ini yang menjejaskan ketenteraman awam. Berikut kenyataan beliau

PIHAK POLIS JUGA TIDAK DAPAT MEMBERI PERTIMBANGAN KERANA LOKASI BERKENAAN WUJUD KUMPULAN SAMSENG, YANG DIBIMBANGI BOLEH MENJEJASKAN KETENTERAMAN AWAM.


Marilah kita sama-sama doakan agar pihak polis dapat memberkas samseng-samseng ini agar keyakinan pelancong untuk datang ke Negeri Sembilan tak terjejas. Dahlah sebelum ini ada dakwaan buaya di Port Dickson, tetapi dinafikan dengan kemungkinan ianya terumbu karang.

Agaknya samseng-samseng ini Alif Mim Nun tendang Wau Sarkis samseng-samseng ni, macam Sarip Dol.

Mari kita tengok gambar dan sedutan video muka-muka samseng-samseng ini pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/05/jangan-ziarah-nsembilan-ada-kumpulan.html

**************************************

PERMOHONAN PERMIT CERAMAH PKR DITOLAK

Mingguan Malaysia 23 Mei 2010

SEREMBAN 22 Mei - Polis daerah ini menolak dua permohonan permit ceramah pakatan pembangkang di Kampung Nyatoh dan Taman Bandar Ekar, Rantau dekat sini pada Selasa depan atas faktor keselamatan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kedua-dua lokasi berkenaan dibimbangi boleh mencetuskan perasaan tidak selesa di kalangan penduduk setempat, selain faktor lalu lintas.

Bagi permohonan pertama di Kampung Nyatoh, Rantau, polis menolak permohonan itu kerana ia akan diadakan di sebuah rumah kampung yang tidak berpagar, berhampiran selekoh dan jalan raya garisan berkembar.

Pada masa sama, keadaan sekitar yang gelap berikutan tiada lampu jalan, selain boleh membahayakan pengguna jalan raya dan orang ramai, katanya di sini hari ini.

Dalam surat yang dihantar oleh Saiful Azly kepada Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Norazizi A. Aziz pada 20 Mei lalu, berhubung permohonan kedua di Taman Bandar Ekar, Rantau, pihak polis juga menolak permohonan permit atas alasan keselamatan.

Permohonan kedua pula yang dicadangkan di tanah lapang berhadapan Bilik Gerakan DAP, Taman Bandar Ekar, PIHAK POLIS JUGA TIDAK DAPAT MEMBERI PERTIMBANGAN KERANA LOKASI BERKENAAN WUJUD KUMPULAN SAMSENG, YANG DIBIMBANGI BOLEH MENJEJASKAN KETENTERAMAN AWAM," ujarnya.

Dalam surat berkenaan juga, Saiful Azly menyatakan terdapat jalan utama yang menghubungkan Taman Bandar Ekar dengan Jalan Besar Rantau.

Berkemungkinan kehadiran orang ramai semasa ceramah akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk taman tersebut," tegasnya.

-tko-

Tiada ulasan: