"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perjumpaan tubuh Gerakan Membantah Judi

Satu perjumpaan akan diadakan di Shah Alam Selasa depan untuk menubuhkan Gerakan Membantah Judi (GMJ).

Ia akan menggabungkan NGO, persatuan penduduk dan wakil-wakil parti politik yang mahu menyertai GMJ.

Perjumpaan tersebut dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan akan berlangsung di bilik Gerakkan, Tingkat 22, Pejabat SUK Selangor.

Pengerusi majlis tersebut, Azmi Abdul Hamid berkata gabungan tersebut akan membantah judi bola sepak yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat.

Pemberian itu dibantah oleh banyak pihak termasuk Dewan Pemuda PAS yang akan mengadakan demonstrasi di seluruh negara Jumaat ini.

Ia juga akan menempatkan anggotanya di semua premis judi untuk mengedarkan risalah membantah pemberian lesen judi bola sepak oleh kerajaan.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: