"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Dakwa salah laku, PKR gesa Pengerusi SPR berhenti

KOTA BARU, 28 Mei: Angkatan Muda Keadilan hari ini mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletakkan jawatan dengan segera ekoran dakwaan beberapa salah laku dalam mengendalikan pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini berpendapat bahawa beliau harus meletakkan jawatan kerana kelemahan yang wujud dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu melibatkan bidang kuasanya selaku pengerusi SPR sendiri.

AMK mengemukakan gesaan itu dalam usul berkaitan pilihan raya yang diluluskan pada Kongres Nasional Keenam hari ini.

PKR yang menurunkan Datuk Zaid Ibrahim gagal mempertahankan kerusi itu yang dimenangi dua tahun lalu.

Zaid telah memfailkan petisyen awal minggu ini, antara lain atas alasan salah laku dalam bentuk pembelian undi ataupun unsur rasuah.

Dalam usul berkaitan pilihan raya yang dibentangkan itu, AMK berkata, pengerusi SPR haruslah dilantik daripada kalangan rakyat Malaysia yang berwibawa dan mempunyai rekod pencapaian yang terbukti mempertahankan integriti dalam tugas.

Selain itu, AMK juga mendesak SPR mewujudkan sistem pendaftaran pengundi baru secara automatik bagi semua rakyat Malaysia yang mencecah usia 21 tahun.

Malah ia juga masuk SPR mempermudahkan kaedah mengundi agar rakyat tidak mempunyai alasan untuk tidak turun mengundi pada hari pengundian.

AMK juga berpendapat PKR peringkat pusat mewujudkan jentera khas untuk melakukan penetrasi kawasan luar bandar dalam dua aspek pendaftaran pengundi baru dan penyaluran maklumat-maklumat berhubung Keadilan-PR.

Di samping itu, sayap pemuda itu menambah, SPR haruslah bertanggungjawab kepada Parlimen untuk memastikan adanya unsur semak dan periksa pada SPR dan memastikan SPR bebas dari manipulasi pihak pemerintah.

Dalam pada itu mengenai usul Pakatan Rakyat, AMK juga berpendapat bahawa kepimpinan dan akar umbi PKR-PR tidak harus terbuai dengan kemenangannya dalam pilihan raya umum ke-12 beberapa siri pilihan raya Kecil seperti di Parlimen Sibu.

“Kemenangan PR dalam menafikan majoriti dua pertiga Umno-BN merupakan satu petanda bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk memastikan bahawa hak mereka diperjuang dan dijamin keadilannya.

“Sekretariat Pakatan Rakyat ditubuhkan secara rasmi di peringkat negeri-negeri dan sebarang penganjuran program melibatkan parti-parti komponen haruslah dibawah Pakatan Rakyat.

“Serentak dengan ini Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat akan ditubuhkan secara rasmi di peringkat pusat dan negeri,” katanya.

-tvselangor-

Tiada ulasan: