"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wan Azizah: PKR tubuh pasukan khas kaji isu orang Melayu

KOTA BARU, 29 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menubuhkan satu pasukan khas untuk mengkaji isu-isu yang “dekat dengan orang Melayu”, yang dilihat sebagai antara langkah susulan parti itu bagi meningkatkan sokongan pengundi Melayu.

Antara isu-isu yang disenaraikan pucuk kepimpinan parti itu hari ini ialah yang berkaitan dengan Felda, menaik taraf kemahiran kakitangan awam, pengurusan harta Islam dan lain-lain.

Perkara itu diumumkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar Kongres Nasional Keenam PKR di sini hari ini.

Sebelum ini PKR mendakwa Umno-BN melabelkan ia sebagai parti tidak pro-Melayu sehingga gagal untuk menembusi sokongan besar berbanding kaum Cina dan India.

Kongres dua hari itu bertemakan “Harapan Baru Selamatkan Malaysia”.

“Jaminan saya, parti kita akan memastikan pasukan-pasukan ini terdiri dari pelbagai kaum kerana isu-isu Melayu bukanlah isu eksklusif kepada orang Melayu sahaja; tetapi tanggungjawab itu akan dipikul bersama oleh pimpinan pelbagai kaum kita seperti mana isu yang rapat dengan kaum-kaum lain turut sama diperjuangkan oleh pimpinan Melayu.

“Kita yakin, dengan pendekatan ini, rakyat akan sedar bahawa inilah pendekatan masa hadapan yang berkesan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia,” kata beliau.

Wan Azizah berkata, Felda adalah satu contoh yang terang-terang menunjukkan cengkaman Umno kepada orang Melayu.

Kata beliau, apabila Allahyarham Tun Abdul Razak memulakan konsep tanah perancangan, tujuannya adalah untuk memberikan tanah kepada orang miskin agar mereka mempunyai aset untuk bergiat dalam kegiatan ekonomi.

Maka peneroka yang menyertai skim akan berpeluang memiliki tanah sendiri untuk diusahakan apabila melaksanakan tanggungjawab masing-masing; termasuklah membuka tanah dan sebagainya, kata Dr Wan Azizah lagi.

Kata beliau pada awalnya, fungsi Felda dan lembaga perancangan yang lain adalah untuk memberikan bantuan agar rakyat miskin ini dapat mengusahakan tanah yang dibuka mereka.

Wan Azizah juga berkata, falsafahnya jelas iaitu skim tanah perancangan adalah bertujuan untuk memberikan hak milik tanah kepada orang miskin agar dapat bergiat dalam sektor pertanian.

“Empat puluh tahun kemudian, apa yang telah berlaku?” katanya lagi.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: