"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lesen judi: Pakatan tabur 3,000 risalah di Pahang

Pemuda Pakatan Rakyat hari ini mengedar kira-kira 3,000 anti-lesen judi bola sepak di seluruh Pahang selepas menghantar memorandum kepada menteri besarnya Datuk Adnan Yaacob.

Ketua Dewan Pakatan PAS Pahang, Suhaimi Saad berkata, pengedaran risalah oleh 200 anggota pemuda pembangkang mengedarkan risalah tersebut di tempat-tempat awam seperti pasar raya, stesen bas dan premis jualan judi.

Manakala, pihak Pemuda PAS Perlis pula memulakan pengedaran risalahnya di pusat perjudian di bandar Kangar pada hari ini.

Ketuanya Yaacob Abu Osman berkata, disebabkan tenaga kerja mereka tidak ramai, maka pihaknya hanya mengedarkan risalah menasihati masyarakat supaya tidak terlibat dengan aktiviti perjudian.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: