"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zaid Saran Kerajaan Beri Gaji Minima Pekerja Ladang RM1,400 Sebulan

Kerajaan Persekutuan digesa memberikan gaji minima kepada pekerja-pekerja ladang di seluruh negara yang kini dilihat hidup semakin terdesak dan bergemelut dengan keadaan ekonomi keluarga yang rendah.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Zaid Ibrahim berkata kerajaan perlu menyelesaikan perkara ini dengan segera tanpa perlu mengambil masa yang begitu lama sehingga ia boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada rakyat.

“Soal gaji pekerja ladang ini menjadi satu isu pada kita Pakatan Rakyat, kita menuntut kerajaan Persekutuan memberi gaji minima dan perkara ini telah banyak diperkatakan oleh semua pihak tapi tidak ada tindakan. Pada saya gaji RM1200 adalah minima untuk hidup di Malaysia hari ini,” katanya.

Beliau berkata, seramai lebih kurang 250,000 pekerja di ladang ini tidak mendapat hak gaji minima mereka yang sewajarnya dipandang berat oleh kerajaan dari dahulu lagi.

Sebelum ini pada perbahasan di Parlimen tahun lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernald Giluk Dompok Bernald dalam jawapannya secara bertulis kepada soalan wakil Mas Gading, Datuk Dr. Tekhee @ Toko anak Lafe 19 Oktober lalu berkata bahawa penoreh getah menerima RM870 manakala pekerja buah kelapa sawit menerima RM1, 700.

Namun menurut Penyelaras Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML), Sugumaran berkata kajian yang dibuat serta merta di beberapa ladang di Selangor dan Perak menunjukkan rata-rata penoreh getah, pemotong buah kelapa sawit dan buruh kasar di ladang mendapat gaji kurang daripada RM700 dan di bawah garis kemiskinan RM720.

Zaid meminta kerajaan menaikkan gaji minima itu kepada RM1400 sebulan.
Selain isu gaji minima, Zaid turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang meletakkan pekerja-pekerja ladang di bawah Kementerian Sumber Manusia yang tidak ada kene mengena langsung dengan pekerja ladang itu.

Beliau menggesa Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan memanjangkan isu ini kepada Parlimen dan tidak hanya membisu seribu bahasa selepas pelbagai janji ditaburkan kepada pengundi Hulu Selangor pada 25 April lalu.

“Wakil rakyat Hulu Selangor Kamalanathan yang sudah menang tu, saya mintak dia tuntut di Parlimen apa yang dia hendak buat dengan gaji rendah ini. Kalau gaji rendah dengan pelbagai penyakit, jadi saya hendak tanya P.Kamalanathan apakah perancangan mereka dan adakah mereka bersetuju dengan kerajaan Pakatan Rakyat supaya ada gaji minima di dalam sektor perladangan,” katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: