Menurutnya lagi, lima saksi utama juga akan dipanggil ketika Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) bersidang awal bulan hadapan.
Manikavasagam ketika dihubungi Tv Selangor berkata, segala persiapan telah dibuat dan beliau kini hanya menunggu tarikh yang telah ditetapkan.
"Saya tunggulah.. saya telah beri surat kepada Selcat, saya juga telah lantik dua peguam dan lima orang saksi utama dalam kes ini yang perlu dipanggil" ujarnya kepada Tv Selangor.
Pendengaran awam kes ini akan berlangsung bermula 2 Jun di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor selama tiga hari.
Selcat akan dipengerusikan oleh Speker DUN, Teng Chang Kim.
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan