"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TNB Bhd Diarah Tidak Lagi Melalui dan Menggunakan Tanah Pemilik Peneroka Felda Tanpa Kebenaran

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur mengarahkan Tenaga Nasional Bhd untuk tidak lagi melalui dan menggunakan tanah seluas hampir suku ekar atas tanah milik Peneroka Felda Sg.Klah Sungkai, Arumugam Letchumanan.

Hakim, Datuk Lau Bee Lan menetapkan demikian selepas mendapati hampir 29 tahun TNB menggunakan tanah milik peneroka tersebut tanpa mendapatkan kebenaran rasmi daripada peneroka tersebut terlebih dahulu.

“Satu injuksi telah diberikan oleh mahkamah terhadap pekerja-pekerja TNB untuk menahan mereka dari memasuki lot plaintif untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan TNB,” katanya.

Selain itu, TNB turut diarah membayar pampasan selama tempoh 29 tahun sehingga ke hari ini untuk penggunaan tanah dan kerja selenggara yang dilakukan selama ini dengan melalui.:

“Berkenaan dengan permohonan untuk pampasan untuk adanya menara di lot itu tidak dibenarkan.

“Untuk kemasukan tindakan, pekerja-pekerja TNB dalam memasuki lot itu ada pampasan untuk Encik Arumugam sehingga hari ini, dan selepas hari ini TNB tidak boleh masuk ke kawasan lot tanpa kebenarannya,” katanya.

Dalam pada itu, keputusan mahkamah hari ini bagaimanapun membuatkan Arumugam Letchumanan berasa agak kecewa kerana beliau hanya mendapat pampasan untuk pencerobahan TNB.

Beliau berkata, tindakan TNB dan FELDA 29 tahun lepas yang didakwa sebelum ini tidak berbincang dengan mereka terlebih dahulu menyebabkan mereka terpaksa membayar hasil tanah yang tinggi kepada Pejabat Tanah biarpun sebahagian tanah tersebut digunakan oleh TNB.

“Saya berasa kecewa kerana mereka guna jalan di dalam lot saya itu tidak ada masalah sangat tetapi secara fizikalnya kita punya lot tanah telah diceroboh oleh TNB jadi hari ini kes sudah jadi lain macam pula, ia sudah menceroboh lebih kurang 17 kaki dalam dan dua menara itu batang pencawang ada di dalam lot tanah saya dan 100 batang pokok sudah ditebang tanpa minta kebenaran saya,” katanya.

Beliau bekata biarpun mahkamah mengarahkan TNB membayar pampasan kepadanya sehingga tarikh hari ini, beliau dan 49 peneroka Felda Sungai Klah yang lain akan terus memajukan perkara ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) selepas ini bagi menuntut ganti rugi yang lain seharusnye semua peneroka berhak dapat.

Pada tahun 1981, TNB memasang pencawang melalui laluan 3 dari Bukit Beruntung ke Bukit Gajah di keluasan tanah 23 ekar milik peneroka berkenaan.

Di antara faktor lain yang menyebabkan kebangkitan peneroka Felda ini menuntut keadilan bagi hak mereka ialah kerana pokok getah yang ditanam ditebang begitu sahaja tanpa pemberitahuan secara rasmi dengan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada peneroka-peneroka tersebut.

Malah TV Selangor difahamkan, satu batang pokok getah yang ditebang ketika itu hanya dibayar RM32 berbanding mengikut harga sekarang yang perlu dibayar ialah RM1,800 sebatang.

Selain itu, hampir 29 tahun ini juga peneroka Felda Sungai Klah bukan sahaja perlu membayar hasil cukai tanah yang tinggi malah kehilanganb punca pencarian selepas pokok-pokok getah itu ditebang.

Bagi kes Arumugam sahaja, sebanyak 100 batang pokok getah ditebang oleh TNB tanpa mendapatkan kebenaran beliau.
-tvselangor-

Tiada ulasan: