Sebelum ini haru-biru juak-juak Umno menghentam kerajaan negeri Kelantan kerana menhalalkan Jom Heboh. Sebagai peringatan, jom heboh di Kelantan telah dinaungi oleh Tengku Amalin Puteri iaitu puteri raja negeri Kelantan. Walaubagaimana pun, kerajaan negeri yang telah memberi lesen kepada tv3 untuk mengadakan program jom heboh di Kelantan meletakkan beberapa garis panduan yang perlu diiukuti oleh pihak tv3. Alhamdullillah pihak tv3 dapat bekerjasama dan program itu berjaya diadakan dan ini kali pertama konset jom heboh dapat memisahkan antara lelaki dan perempuan ketika konset dijalankan.
Sampainya aku disana, aku lihat ramai budak-budak sekolah yang menjayakan program ini. Semangat 1 Malaysialah kononnya. Budak-budak disuruh menyanyi pelbagai-bagai lagu kebudayaan demi memupuk semangat kasih sayang antara kaum. Yang ini dalam nafas penuh ego aku akui program ini agak “ok” jugalah.
Namun agak “ok” ini tidak lama. Selepas habis menunjuk kebudayaan masing-masing, menteri pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen telah meminta supaya program itu dilanjutkan dan diadakannya parti HALAL pula. Parti ini dimulakan dengan lagu dikir barat oleh Megar Nordin dengan lagu glamernya lagu Wakaf Cet Yeh yang rata-ratanya parti itu masih dalam keadaan yang terkawal.Namun semuanya bertukar menjadi gila bila bekas pelajar af menyanyikan lagu dangdut inul dan membuat gelak gerudi
Gelak gurudi yang menghairahkan itu dipertontonkan oleh semua lapisan masyarakat, dari budak sekolah sampailah ke pak cik-pak cik yang rata-ratanya datang ke program ini sekadar untuk berhibur cara KITA. Namun apa yang jelas, hiburan malam itu bukan hiburan cara KITA dan ianya seumpama di disko dan tidak keterlaluan jika program itu disamakan dengan disko halal. Ini kerana pergaulan lelaki dan wanita malam itu agak terlalu bebas dan ramai anak-anak muda kita TERHANYUT dengan program 1 Malaysia itu. Yang lebih memalukan apabila disko halal ini juga disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah yang datang untuk membuat persembahan tetapi apabila majlis tamat mereka dijamukan dengan hiburan jahat orang-orang dewasa yang jahil tukil ini.
Ketika jom heboh berkunjung di Kelantan, juak-juak umno bising kerana kerajaan negeri memberi lesen kepada tv3 untuk mengadakan program jom heboh. Kerajaan negeri memberi lesen kerana program ini dinaungi oleh Tengku Amalin Puteri iaitu puteri raja negeri Kelantan dan kerajaan negeri telah membuat beberapa garis panduan dalam berhibur. Persoalanya ialah, Adakah kerajaan pusat membuat beberapa garis panduan dalam menjaya Pada program Citrawarna Malaysia 2010 itu.
-tko-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan