"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ganjaran RM2 juta: Tiada laporan SPRM, bakal diedah

KOTA BARU, 29 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung bukti kukuh diperoleh yang menunjukkan wakil-wakil rakyatnya yang lompat parti ditawarkan RM2 juta dan kontrak lumayan.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya akan mendedahkan kepada umum berhubung bayaran dan perjanjian kontrak yang didakwa ditawarkan kepada pemimpin mereka.

Ia juga diakui oleh Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setakat ini tidak ada. Banyak fail belum disiasat (SPRM). Belum ada laporan dibuat,” kata beliau pada sidang media selepas perasmian Kongres Nasional Keenam PRK di sini hari ini.

Anwar mendedahkan perkara itu menerusi satu kenyataan semalam dan kemudian pada ceramah di Tanah Merah malam tadi.

Terdahulu dalam ucapan dasarnya Wan Azizah berkata, beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk PKR yang melompat parti dibayar RM2 juta dan dijanjikan kontrak.

Selain itu, mereka turut diberikan kontrak, dakwanya tanpa menyebut pihak yang bertanggungjawab membuat bayaran itu.

Bagaimanapun, kata beliau, isu pemimpin PKR lompat parti menjadi pengajaran dan mampu menyelamatkan parti daripafa anasir negatif.

“Ukuran pemilihan pimpinan harus lebih ketat... PKR akan melaksanakan program tarbiyah atau latihan terhadap pemimpin,” katanya.

Wan Azizah berkata, Umno masih meneruskan strategi rakus, ganas dan jahat selain menggunakan jentera, dana dan media untuk menyerang PKR.

“Berulangkali mereka mentalkan pimpinan dan parti kita. Kita akan dikasarkan tahun 1999; dilenyapkan 2008 dan kini juga hingga Selangor mahu dirampas dan ditumpaskan.

“Alhamdulillah, setiap kali mereka mengherdik; kita muncul lebih kuat dan mantap — membujur lalu melintang patah,” katanya.

Beliau memberitahu, mutakhir ini muncul lagi kisah wakil rakyat dan pimpinan kecil melompat keluar kononnya dengan pelbagai alas dan murni.

“Sayurgia diingat, ada yang keluar duku melalak kuat kerana ukuran upah bergantung kepada kuat serangan.

“Namun, penyokong parti dan rakyat arif dengan gelagat pengkhianatan bermakan upah,” katanya.

Kata Wan Azizah, penyakit ini berjangkit kepada wakil-wakil rakyat yang memenangi kerusi dari derita dan pengorbanan rakyat.

“Didesak, mereka didakwa rasuah — maka lari menyelamatkan diri. Ada yang pohon kontrak dari negeri; ada yang membuat tuntutan berlebihan. Manakala pimpinan parti bertegas, mereka lompat parti.

“Kini pekung busuk terhidu; fakta akan didedah. Insya-Allah kita akan mendedahkan keterangan harga upah Ahli Parlimen yang melompat RM2 juta dan kontrak.

“Demikian telatah pengkhianat — bicara soal prinsip tetapi isikan temolok sendiri,” katanya.

Sambil melontarkan persoalan sama ada perkembangan tersebut mampu memantapkan PKR, Wan Azizah juga menjawab dengan berkata: “Ya — kerana bukan saja parti diselamatkan dari anasir negatif; tetapi ia adalah pengajaran buat kita.”

Oleh itu kata Wan Azizah, ukuran pemilikan pimpinan harus lebih ketat manakala bakal calon harus mengikuti program terbiyah atau latihan.

“Apakah mampu dipertahankan tokoh lama yang kurang wibawa?

“Atau mestikah kita sekadar memilih baru yang telah kenal aspirasi perjuangan parti yang bersifat islahi — tajdidi; kearah reformasi dan pembaharuan,” katanya.

malaysianinsider-

Tiada ulasan: