"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lesen judi sukan: Jais minta Khalid jangan serang

Datuk Khusrin Munawi meminta mana-mana pihak termasuk Ahli Parlimen Shah Alam jangan sesekali menyerang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung isu lesen judi sukan.

“Isu lesen perjudian ini isu nasional, jadi mengapa hanya nak serang Jais sahaja?“Kalau isu negeri kita boleh terima tetapi ini adalah isu nasional dan tuduhan yang kata kita hanya berdiam diri adalah tidak berasas sama sekali,” kata Pengarah Jais itu.

Khalid berkata Jais harus mengutarakan pandangan berhubung itu tersebut jika benar ia badan bebas.

Malah kata Khalid, Jais dan pengarahnya harus menyatakan pandangan mereka berhubung isu lesen judi bola untuk membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik.

Khusrin berkata judi tetap haram dan jika ada orang Islam yang terlibat pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mereka.

“Judi itu haram dan yang haram tetap tidak akan jadi halal.

“Kita akan mengambil tindakan terhadap orang Islam yang terlibat dengan apa-apa jenis judi termasuk perjudian bola sepak Piala Dunia nanti,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Tambahnya, sepanjang berlangsung Piala Dunia 2010 pihaknya akan sentiasa memantau dan menjalankan operasi bagi membendung masalah tersebut.

“Kita akan memantau dan menjalankan operasi sepanjang kejohanan tersebut berlangsung bagi membendung perjudian tersebut.

“Jadi jika ada orang Islam yang terlibat kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka,” tegasnya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak itu.

Dengan kelulusan tersebut, pertaruhan secara sah boleh dilalukan sebelum kejohanan Bola Sepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: