W.Fauzdin NS
PAGI ini agak-agaknya apa media pencacai mahu laporkan tentang kemenangan DAP di dalam PRK Sibu semalam? Rasa-rasanya Najib dan Muhyiddin mahu beri ulasan bagaimana? Apa pun ulasan atau komen mereka, hakikatnya pengundi-pengundi Cina sudah tidak mempercayai Bn lebih-lebih lagi Umno.
Mungkin selepas ini raja katak PERKOSA Berahim Ali bercakap lagi agar jangan beri sebarang layanan kepada kaum Cina. Lebih baik layan spesis katak seperti mereka yang banyak membantu Umno. Terlalu banyak sebab musabab yang menjadikan Bn di malukan di Sibu dalam keadaan berpuluh juta habis dijanjikan di sana. Mereka silap kerana di Sibu bukan majoriti Melayu atau orang Felda seperti di Hulu Selangor yang senang-senang mereka beri umpan.
Salah satu faktor yang menyebabkan pengundi-pengundi terutamanya kaum Cina menolak Bn adalah kerana hasil dari mulut celupar Mahathir. Baru-baru ini Mahathir menyebut ada baiknya sejarah 13 Mei diingati semula. Peristiwa 13 Mei itu bukan satu peristiwa yang baik untuk sentiasa dingat atau dikenang jauh sekali untuk dibuat majlis sambutan. Sudah berpuluh tahun kita mahu rakyat lupakan sejarah hitam tersebut, tiba-tiba Mahathir mahu kita ingat semula. Sebab apa perlu diingati?
Sebabnya hanya satu iaitu apabila dilihat kaum Cina sudah mula berani menuntut keadilan di dalam negara ini. Lebih tepat, kaum Cina mula dilihat tidak lagi menyokong Bn. Kaum Cina sudah mula melihat hanya PR sahaja mampu berlaku adil ke atas mereka. PAS yang berada di dalam PR tentunya komited untuk melaksanakan keadilan buat kaum Cina termasuk yang Non Muslim kerana Islam mengajar agar berlaku adil. Tidak hairanlah propaganda Bn di Sibu "Satu Undi Kepada DAP, Satu Undi Untuk Negara Islam', gagal menakutkan kaum tersebut.
Sarawak ternyata melalui jalan sukar selepas ini untuk mengekalkan `dinasti Taib'. PR pastinya akan menjadikan kemenangan gemilang ini sebagai momentum buat parti ini bekerja lebih kuat di negeri Bumi Kenyalang tersebut agar penguasaan keluarga Taib terkubur di sana. Rakyat Sarawak perlu dibebaskan dari kesusahan dan penderitaan hasil rejim Taib.
1 ulasan:
REJIM TAIB???..emmm lebih indah lagi di sebut REJIM SULTAN TAIB
Catat Ulasan