"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPR salahkan DAP lengahkan keputusan undi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan DAP bahawa mereka sengaja melengah-lengahkan pengumuman keputusan undi pos pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu malam semalam.

Penge
rusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ejen parti itu sebenarnya yang telah menghalang pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi.

Berikutan itu, katanya, penolong pegawai pengurus pilihanraya yang mengendalikan urusan pengiraan undi pos terpaksa memanggil polis untuk mengawal penyokong parti berkenaan.

"Inilah kali pertama saya melihat keadaan seperti ini berlaku selain pegawai-pegawai kerap diganggu ejen parti," katanya.

Berikutan
itu, keputusan pilihanraya kecil itu hanya dapat diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wong See Meng, kira-kira 11 malam semalam, walaupun SPR sebelumnya menjangka keputusan dapat diumumkan pada 9 malam.

Calon DAP, Wong Ho Leng, memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron, meraih 232 undi.

Bilangan undi pos pada pilihan raya ini ialah sebanyak 2,429 undi.

Abdul Aziz juga kesal dengan sikap beberapa pemimpin pembangkang dari luar Sarawak yang tidak menghormati peraturan semasa berada dalam dewan penjumlahan undi.

"Mereka cuba menunjukkan mereka boleh membuat apa sahaja tanpa perlu mengikut peraturan dan ini tidak baik dan tidak harus ditunjukkan kepada orang tempatan di sini yang tinggi semangat hormat-menghormati," katanya.

Secara keseluruhan, Abdul Aziz berkata pilihanraya kecil di Sibu boleh disifatkan antara yang terbaik berbanding pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini.

-Bernama-

Tiada ulasan: