"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis batal 'periksa' pejabat PKR

Polis membatalkan hasrat memeriksa ruang kerja seorang ahli majlis pimpinan pusat PKR Badrul Hisham Shaharin di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya kerana awal petang ini.

Badrul - yang hadir menunggu di situ sejak jam 1 tengah hari - berkata, kira-kira jam 3 tadi, beliau dimaklumkan mengenai pembatalan itu melalui SMS daripada seorang pegawai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban.

Katanya, setelah menelefon kembali, pihak polis memaklumkan bahawa mereka telah sampai ke lokasi itu tetapi terpaksa pulang tanpa membuat sebarang pemeriksaan kerana "mempunyai tugas lain yang lebih penting".

Jumaat lalu, Badrul ditahan polis di Seremban antaranya ekoran tulisannya dalam blog yang didakwa menghasut. Rumahnya di Bukit Chedang juga digeledah polis tetapi tiada apa-apa barangan diambil.

Setelah tiga jam ditahan dan dirakamkan kenyataannya, Badrul dibebaskan setelah dilaporkan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi IPD berkenaan yang bertanggungjawab menyiasat kes tersebut.

Tiada ulasan: