"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

16 ditangkap di majlis dedah salahlaku Felcra

Enam belas orang awam ditangkap sewaktu perhimpunan peneroka di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada), Pasir Salak semalam.

NONEMenurut anggota jawatankuasa pusat PAS, Mazlan Aliman yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang menganjurkan perhimpunan tersebut, tiga daripada 16 orang itu masih ditahan dan menunggu untuk direman.

"Kami tidak tahu mengapa mereka ditangkap dan mengapa mereka ditahan. Tapi peguam kami berada di sana untuk membantu," kata Mazlan kepada wartawan dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa bahawa 16 orang itu ditahan ketika mereka cuba memasuki premis tempat perhimpunan di mana peneroka Felcra berhimpunan untuk menyuarakan masalah mereka.

Majlis tersebut berlangsung mulai 31 Julai dan berakhir semalam.

"Polis mula mengadakan sekatan jalan raya di kawasan itu dan semua jalan menuju ke tempat perhimpunan itu sejak pagi Sabtu," katanya.

Beliau menambah bahawa tangkapan dilakukan pada kira-kira jam 3 petang semalam.

"Mengapa tangkap orang awam?

"Kami tidak mengerti mengapa polis menangkap orang awam ketika perhimpunan diadakan di tanah milik persendirian.

"Nampaknya polis melindungi mereka yang berkuasa dan tidak mahu mendengar aduan peneroka," katanya.

Mazlan berkata, mereka akan menyerahkan aduan mereka mengenai salah urusan Felcra kepada Suhakam selepas sambutan Hari Raya Puasa.

Tiada ulasan: