"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar Buat Laporan Polis, Teliti Undang-Undang Syariah

Zeanaaima Mohd Yusof
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis bagi menggesa polis menjalankan siasatan sama ada seorang daripada pasukan pendakwaan, Farah Azlina Latif menyalah guna kuasa yang menjejaskan perbicaraan kes.

Beliau bimbang, besar kemungkinan Saiful Bukhari Azlan menerima akses kepada maklumat sulit berkaitan perbicaraan kes konspirasi terhadapnya, meliputi keterangan saksi lain mahupun keterangan beliau sendiri.

Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik sahaja perbicaraan ditangguh kira-kira jam 11 pagi.

Dalam laporan itu, Anwar menggesa polis menyegerakan siasatan terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful yang didakwa menyalahi Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Saya buat laporan polis menegaskan isu yang sama dokumen keterangan saksi dan semua keterangan rahsia saya percaya telah disampaikan kepada Saiful. Ini mencemarkan kedudukan pendakwaan.

Sebab itu peguam kemuka permohonan untuk menggugurkan pertuduhan yang dianggap tidak ikut takrif kebebasan dan pendakwaan yang telus. Saya telah bagi keterangan pada polis supaya segerakan siasatan,” katanya.

Anwar, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sedang meneliti kemungkinan untuk mengheret Saiful mengikut akta undang- undang syariah lantaran hubungan sulit mereka.

“Peguam syariah, Kamar Ainiah sedang teliti,” kata beliau.

Tiada ulasan: