"Saya percaya dan yakin ahli-ahli AMK di peringkat cabang akan membuat keputusan. Terpulanglah kepada mereka," katanya.Jawatan ketua AMK kini disandang oleh Shamsul Iskandar Md Akin.
Malaysiakini menghubungi Badrul Hisham untuk mengulas desas-desus yang menyebut bahawa beliau berminat bertanding ketua AMK.
Difahamkan, beliau berpeluang memenangi jawatan tersebut kerana dipercayai mempunyai sokongan kuat di Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis.
Beliau yang lebih dikenali sebagai 'Cikgu Bad' berharap anak-anak muda dalam AMK supaya "meraikan demokrasi, dan bukannya menyerang individu-individu tertentu" dalam pemilihan parti kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan