"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khalid Ibrahim yang bila pun 'cool'...

cucupakkasim
Tengoklah Khalid..sentiasa 'cool'..
Khalid Ibrahim, siapa tak kenal dia? Khalid Ibrahim satu nama besar dalam PR amnya dan dalam negeri Selangor khasnya.
Dia sama 'standard' dengan ahli-ahli politik di US dan UK, jadi jutawan dulu baru jadi ahli politik. Bukan macam ahli-ahli politik umno, haprak dan sengkek, jadi ahli politik untuk jadi jutawan.

Dia suka main golf dengan 'handicap' 8 atau 9 kalau tak silap. Tetapi sejak jadi MB Selangor dia dah tak ada masa langsung nak main golf dan tak pernah main satu lubang pun sejak angkat sumpah jadi MB.
(
Kalau dia dok main lubang lain tak tau laa pula..)

Dalam diri Khalid Ibrahim ada sesuatu yang diinginkan oleh rakyat bawahan dan pengundi-pengundi dalam Malaysia iaitu imej yang bersih dan 'cool'.

Berbekalkan 'trademark'nya "Merakyatkan Ekonomi Selangor", pentadbirannya telah memasuki setengah penggal, dan dia telah melakukan banyak benda-benda yang baik dalam Selangor walaupun belum ada lagi benda-benda yang mengkagumkan.

Sepertimana Penang, begitu juga dengan Selangor. Ia menjadi negeri impian bagi mana-mana juga parti-parti politik untuk ditakluki. Ini kerana Selangor mempunyai keseluruhan pengundi (electorate) yang cukup sopiskated,dengan sumber-sumber hasil yang berbagai bentuk, yang telah membuatkan umno jadi gila bayang bila Selangor terlepas ke tangan PR, lantas Khalid Ibrahim telah di hentam kiri dan kanan,depan dan belakang,atas dan bawah oleh kawan dan juga lawan dari umno yang begitu 'lapar' mahu makan semula Selangor.

'Senatak' (senator kotak kata
(
http://tukartiub.blogspot.com) Ezam Md Nor hari ini telah diberi tugas untuk mengepalai 'Brigade Ceramah' BN/umno menentang Khalid Ibrahim dan PKR Selangor, dibantu pula oleh Noh Omar, yang hampir tiap-tiap hari muka ada dalam TV menghentam Khalid, namun Khalid tetap dan masih juga 'cool'.

Dan untuk membalas serangan-serangan itu, Khalid Ibrahim dengan penuh 'cool' telah mengumumkan peruntukan untuk kerajaan PR Selangor menyediakan saluran berita TV mereka sendiri.

"Woitt... orang-orang Selangor, kita kena bagi lagi satu penggal untuk Khalid ini...!!!"

dari blog:
http://dollahyankee.blogspot.com

dollah yankee -
sebut Khalid teringatlah Guthrie,yang pernah jadi majikan aku suatu masa lama dulu...

Tiada ulasan: