Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya yang Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.
Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Dr Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong".
"Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebihcircumscribed (terhad).
"(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Dr Abdul Aziz (kanan).
Anwar dalam satu temu bual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Mengulas perkara yang sama, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dilaporkan bersedia menerima pelantikan Lim itu.
Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Dr Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya.
"Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Dr Abdul Aziz.
"Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru.
"Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri."
Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara.
Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno.
“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini," katanya dalam satu kenyataan.
-malaysiakini-
1 ulasan:
MASALAHNYA ALLAH MELARANG KITA MELANTIK ORANG KAFIR SEBAGAI PEMIMPIN. SYARAT UTAMANYA SESEORANG PEMIMPIN ITU MESTILAH SEORANG ISLAM YANG MENGAMALKAN ADDIN ISLAM.
JIKA DIA MASUK ISLAM SEMATA2 KERANA NAK JADI PEMIMPIN PUN TAK BOLEH. SYARAT UT......AMA SESEORANG PEMIMPIN ITU MESTILAH SEORANG ISLAM YANG MENGAMALKAN ADDIN ISLAM.
ATAU MEREKA YANG MAHU JUGA MELAKSANAKANNYA SAMALAH SEPERTI MENGISTIHARKAN PERANG DENGAN ALLAH DAN RASULNYA.
DAN KAU TAHUKAN APA AKIBATNYA?
Catat Ulasan