"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahmad telah terima signal untuk beredar!

Datuk Seri Ahmad Said,Menteri Besar Negeri Terengganu sudah menerima untuk beredar dari menyandang jawatan itu, inilah yang disifatkan oleh orang-orang Terengganu.

Jika berdasarkan Rekod Ahmad,Datuk Seri Najib secara peribadi tidak menyukainya manakala Tuanku Mizan pula mempunyai pilihannya sendiri tetapi oleh kerana tiada pilihan pada masa itu Ahmad diangkat menjadi MB.

Tanda-tanda Ahmad akan digugurkan jelas,apabila Datuk Seri Najib telah mengadakan pertemuan bersama seorang pemimpin Terengganu yang kini adalah seorang Ahli Parlimen.Begitu juga dengan Tuanku,khabarnya Tuanku bertemu dengan pemimpin ini di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Hubungan Tuanku dan pemimpin misteri ini dikatakan amat erat sejak dari kecil lagi.Khabarnya orang Terengganu juga lebih gemar dan senang dengan  pemimpin ini.Jadi mungkin ini adalah satu titik permulaan yang baru bagi negeri Terengganu.
-tko-

Tiada ulasan: