"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sidang DUN Perak: Zambry Tidak Berubah

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan sikap Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir walaupun baru kembali daripada menunaikan Ibadah Haji baru-baru ini tetapi masih bersikap buruk sangka terhadap orang lain.

Sepatutnya setelah kita sebagai umat Islam yang baru menunaikan Ibadah Haji, amatlah wajar untuk perwatakan kita berubah daripada bersikap buruk kepada yang lebih baik.

DPPN Pk tidak menyangka Datuk Seri Zambry sanggup membuat tuduhan melulu terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak berkaitan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 30 November ini. Ini seolah-olah menunjukkan sikap Datuk Seri Zambry yang tidak berubah dan sama sahaja walaupun telah menunaikan Ibadah Haji. Sewajarnya telah diiktiraf sebagai gelaran ‘Haji’, Datuk Seri Zambry perlu menunjukkan perubahan pada dirinya.

Namun Datuk Seri Zambry nampaknya tidak berubah walaupun telah menunaikan Ibadah Haji. DPPN Pk masih mendoakan agar Datuk Seri Zambry berubah di dalam mengurus politiknya agar rakyat terutamanya yang bukan Islam dapat melihat kebaikan kepada Ibadah Haji itu sendiri. DPPN Pk akan terus menegur Datuk Seri Zambry jika sikapnya masih buruk terutama kepada musuh politiknya iaitu PR di Perak terutamanya.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: