Ibrahim BabaCuba tolong kirakan untuk IB. Mat Said kata kos untuk “Program agihan bantuan pakaian sekolah … menelan kos RM12 juta”.
Seramai 12,000 pelajar yang layak menerima bantuan. Maka, RM12,000,000/12,000 pelajar = RM1,000 seorang pelajar. Bukankah begitu?{laporan dari berita Bernama di bawah}
Apa yang terkandung dalam pakej program tersebut untuk seseorang pelajar?
Agak IB, jika kita ambil program MAIWP/Baitul Mal sebagai contoh:
a. pelajar lelaki diberi satu set pakaian sekolah beserta dengan kasut, dan satu set pakaian untuk sekolah agama i.e. baju Melayu beserta songkok dan kain samping.
b. pelajar perempuan pun begitu; cuma baju Melayu diganti dengan baju kurung dan tudung sebagai ganti songkok.
Berapa kos sepasang? Tidak lebih dari RM180 satu pasang.
Berapa pasang seorang?
Satu? Teruk sangat … macam tak nak beri je.
Tiga pasang? Munasabahlah, ataupun dua pasang pun boleh – seperti program Baitul Mal MAIWP (dua pasang seorang).
Lima pasang? Satu hari satu? Itu agak melampau.
Kalau tiga pasang … belum sampai RM600 seorang. Yang MAIWP punya tidak lebih RM400 seorang (maklumat terus dari pegawai yang terlibat dengan pengagihan bantuan BaitulMal.
Bagaimana sifir Mat Said menjadi RM1,000 seorang? Mungkin itu bajet untuk tabung pilihanraya …
Satu perkara lagi berhubung tarikh pengagihan.
Kalau sekarang ini sudah masuk bulan kedua persekolahan masih belum diagihkan pakaian apa gunanya lagi. Bila hendak diberi bantuan, kita bantulah sebelum ibubapa terpaksa bersusah-payah membeli pakaian dah. Agih selepas sekolah dah buka apa ertinya?
Apakah pelajar yang memohon tangguh beli pakaian? Nak pergi sekolah tanpa pakaian sekolah dulu sementara dapat tahu keputusan bantuan? Habis kalau sudah dibeli, nanti berlebihan pulak baju. Bukannya boleh simpan. Budak-budak ini semua membesar dengan cepat.
Hendak disalahkan permohonan bertindih?
Sekian, IB
http://ibrahimbaba.wordpress.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan