"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tanah adat: Penduduk cabar keluarga Taib

Mahmud Abu Bekir Taib, taib mahmud's son and titanium shareholder
Penduduk desa dari enam kampung di daerah Lundu, Sarawak hari ini, keluar beramai-ramai mengemukakan tuntutan balas dan hujah mereka ke atas sebuah syarikat yang didakwa menceroboh tanah adat istiadat (NCR) mereka.

Tanah berkenaan dilaporkan diberikan kepada Polar Horizon Sdn Bhd, anak syarikat Titanium Management Sdn Bhd, yang majoriti sahamnya dimiliki oleh anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, - Abu Bekir melalui sewa pajakan sementara (PL).

Ia merangkumi tiga bidang tanah yang dikenali sebagai Lot 176 dan Lot 177 di blok 5 dan Lot 478 di blok 6 di daerah Sampadi dan sewa pajakan sementara dikeluarkan oleh Penguasa, Tanah dan Bancian, daerah Kuching.
azlan
Syarikat berkenaan mendapat tiga bidang tanah meliputi 1,500 hektar itu pada 3 Februai tahun lalu.

Berbekalkan PL itu, Polar Horizon kemudian mengeluarkan notis kepada penduduk kampung Kampung Kangka, Kampung Sampadi, Kampung Sungai Kampung Cina, Kampung Stoh, Kampung Ulu Riam/Setia Jaya dan Kampung Sungai Belian untuk mengosongkan tanah mereka dalam masa 30 hari.

Apabila arahan itu tidak dihiraukan, syarikat berkenaan mengajukan tindakan mahkamah terhadap pemilik tanah NCR tersebut.

Polar Horizon juga menamakan Rona Hijau Sdn Bhd, sebuah syarikat perladangan, usahasama penduduk kampung berkenaan dengan sekumpulan ahli perniagaan di Sibu, dalam saman mereka.

NONEPenghulu Kipli Lihi, Ambi Uri, Layang Engot, Sintu Layang, Je'ae Kamuri, Jamain Mahmud, Borhan Saidi, Kapli Liman dan Bohari Awang Awang Ali, mewakili diri mereka sendiri dan 481 penduduk di daerah itu memfailkan hujah dan tuntutan balas mereka di Mahkamah Tinggi Kuching hari ini.

Dalam kenyataan pertanan mereka berkata pengeluaran PL tidak mengikut undang-undang, haram dan terbatal kerana PL itu mencerobohi tanah adat mereka.

ncr sarawak land dispute blockade in simunjan 020708 01Menurut penduduk, kampung mereka itu asalnya, adalah perkampungan pribumi dengan penempatan asal di Kampung Sampadi ditubuhkan pada tahun 1902 oleh sekumpulan penduduk keturunan Kedayan Melayu. Sementara kampung-kampung lain ditubuhkan antara 1920 dan 1940 dengan persetujuan daripada kerajaan Rajah Brooke.

Kata mereka, pada setiap masa mereka menuntut kawasan berkenaan telah mereka miliki dan mendakwa ia sebagai tanah istiadat di kawasan itu dan di sekitar enam kampung yang lain.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: