"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rumah bekas jaguh bina badan musnah terbakar


BEKAS jaguh bina badan negara, Kamis@Bujang Taha, 75, bereaksi kekecewaan selepas dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tanjong, Kuching, Sarawak, 8 Feb. - Utusan/AMIR HAFIZ
 KUCHING: Bekas jaguh bina badan negara Bujang Taha tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kayu setingkat miliknya di Kampung Tanjung di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Dalam kejadian pada 2.40 petang tadi, rumah jiran beliau turut terbakar.

Ketua Balai Bomba Petra Jaya, Madu Anggut, berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi disiasat.

"Mangsa masih lagi trauma dan sukar untuk ditemuramah sekarang," katanya kepada Bernama.

Antara pencapaian Bujang ialah meraih dua pingat emas dalam kategori bantamweight pada Sukan Sea 1977 dan 1979 dan memenangi Mr Asia pada 1980, 1982, 1983 dan 1986.
-Bernama-

Tiada ulasan: