"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis Sabah siasat Dakwaan Anggota Polis Bawa Pati Masuk


TAWAU 8 FEB: Dakwaan seorang pelawat portal 'Free MalaysiaToday' kononnya anggota polis terlibat membawa masuk pendatang asing tanpa izin ke Sabah bagi mendapatkan kad pengenalan, akan disiasat.



Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata jika dakwaan itu berasas,pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap anggota atau pegawai yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara tersebut.

"Kita akan siasat benar atau tidak. Andai kata saya dapati ada pegawai atau anggota saya yang terlibat, kita akan ambil tindakan sewajarnya. Perkara ini kita tidak akan benarkan kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti Polis Diraja Malaysia dan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas meninjau Ops Sikap Laut oleh Pasukan Gerakan Marin di sini sempena Tahun Baru Cina.

Ia diperkenalkan buat pertama kali di Sabah pada tahun ini. Turut meninjau Ops Sikap Laut di perairan Tawau ialah Ketua Polis DaerahTawau ACP Ibrahim Chin.

Mengenai Ops Sikap Laut yang dilancarkan serentak dengan Ops Sikap Ke-23 pada 27 Jan lalu, dan berakhir 12 Feb ini, beliau berkata setakat ini, pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan orang ramai terhadap peraturan di laut.

Katanya, Ops Sikap Laut yang dilaksanakan oleh tujuh pangkalan PGM di seluruh Sabah, bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna pengangkutan laut mengenai kepentingan mematuhi peraturan berkaitan demi keselamatan mereka sempena musim perayaan.

Hamza berkata antara aspek yang perlu diberi fokus termasuk memastikan bot penumpang mempunyai permit sah, pemakaian jaket keselamatan dan pemasangan alat keselamatan pada pengangkutan laut.
-tvsnews-

Amalan Sial Pegawai Polis Menjadi-Jadi !!!

Tiada ulasan: