Betapa teruknya pengangkutan awam di kawasan selamat Umno ni di pasns.blogspot.com
Urusan terbatas kerana tiada pengangkutan awam
Sinar Harian 10 Feb 2011
KUALA KLAWANG - Ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam sejak setahun lalu, menyebabkan pergerakan masyarakat sekitar Jelebu yang ingin berurusan di pekan Kuala Klawang terbatas.
Keluhan masyarakat tempatan dilihat dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab yang mahukan perkhidmatan pengangkutan beroperasi di Kuala Klawang ke Simpang Pertang.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, perhentian bas lenggang dengan kehadiran bas dan teksi. Keadaan ini menyukarkan pergerakan orang ramai untuk melakukan tugasan seharian, terutamanya warga emas yang sering ke hospital. Salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Nur berkata, hampir setahun perkhidmatan bas ke Simpang Pertang tidak beroperasi di sini.
"Saya bekerja berhampiran di kawasan ini, sering kali mendengar rungutan daripada warga emas yang terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam. "Pernah terjadi, seorang warga emas tertidur di perhentian bas berkenaan sehingga ada yang terpaksa menghantarnya ke rumah di Peradong,'' katanya.
Nur berkata, pada waktu kemuncak ramai murid sekolah dari Simpang Pertang tidak dapat hadir ke sekolah berikutan ketiadaan pengangkutan awam. "Sekurang-kurangnya pastikan ada perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi pada waktu pagi dan petang untuk memudahkan mereka berulang-alik.
"Selain itu, peniaga di sini turut terjejas kerana tiada pelanggan yang datang ke perhentian bas ini sehingga menyebabkan ada peniaga yang gulung tikar,'' katanya.
Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan