"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Speaker mohon saman pemula Badrul dibatalkan

NONE
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang Khim hari ini memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula Badrul Hisham Abdullah bagi mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih lagi ADUN Pelabuhan Klang.

Permohonan itu difailkan menerusi Tetuan Tommy Thomas, Advocates & Solicitors di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam.

Dalam afidavitnya, Teng, 48, berkata, beliau memiliki kekebalan di bawah Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tindakan undang-undang Badrul Hisham.

Sehubungan itu, Teng berkata, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa bagi memutuskan sebarang isu berkaitan prosiding DUN, keputusan beliau atau deklarasi yang dibuat dalam kapasitinya sebagai Speaker.

Beliau mendakwa, kewajaran mana-mana keputusan atau deklarasi yang dibuat dalam kapasitinya sebagai Speaker tidak boleh dipertikai di mahkamah kerana DUN dan badan kehakiman merupakan dua cabang kerajaan yang berada pada kedudukan yang setara.

Sehubungan itu, Teng memohon mahkamah membatalkan saman pemula Badrul Hisham kerana mendakwa ia melampau, remeh dan menyusahkan, menyakitkan hati serta penyalahgunaan proses mahkamah. 
-Bernama-

Tiada ulasan: