Zulkifli Sulong
Tuan Editor, Terima kasih atas ulasan Zaid Tsabit ke atas tulisan saya di Harakahdaily.
2) Saya tidak terlintas langsung untuk memfitnah atau merendah-rendah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagaimana yang didakwa oleh tulisan itu. Apa yang saya cuba terangkan adalah, ada option ketiga dalam kes Merlimau iaitu tidak menyertai pilihan raya itu atau dengan kata lain memberikan kemenangan kepada BN sambil kita menunggu pilihan raya umum akan datang.
3) Saya ambil contoh Tuan Ibrahim kerana seingat saya beliau pernah mencadangkan agar pilihan raya kecil dihapuskan atau digantikan dengan mekanisme yang lebih baik. Dalam konteks ini, bagi saya optionnya adalah kita tidak menyertai pilihan raya kecil ini. Ia hanya pilihan sahaja bukan cadangan saya pun agar kita tidak menyertainya.
4) Melalui tulisan ini juga saya memohon maaf kepada Datuk Tuan Ibrahim jika tulisan itu tersilap dari fakta. Yang pasti saya tidak terniat langsung untuk memperlekeh atau mempertikaikan keputusan atau pandangan ustaz mengenai perkara ini.
Zulkifli Sulong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan