"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ops Piramid – Ops Lari Dari Medan Perang

shahabudeenjalil

Sumber: shahabudeenjalil.comDalam post kali ini, saya ingin menulis sesuatu yang bermain di fikiran saya sejak beberapa hari yang lepas setelah membaca status FB Dr. Asri.



Dalam bahagian komennya kita boleh melihat ramai orang menyokong dan menentang.
Kepada saya secara peribadi, saya meminati tulisan Dr. Asri kerana ia berasaskan kepada Al-Quran dan Hadith. Selain dari itu, konteks yang dibawa beliau juga betul. Tidaklah seperti sesetengah ustaz yang menggunakan Al-Quran dalam konteks yang salah.

Dalam status Facebook di atas pun, kita boleh lihat Dr. Asri berhati-hati mengeluarkan kenyataan supaya kenyataan itu dapat difahami oleh orang yang faham dan tidak disalahfaham oleh orang yang tidak faham.

Setelah berjumpa rakan yang pulang dari Mesir, keadaan di sana bukanlah seteruk seperti yang diceritakan. Tidur dengan pisau la, tak ada beras la, tak ada internet la. Saya tengok ramai jer yang online di Facebook sepanjang berlaku rusuhan ini.

Sila baca keratan di bawah yang melucukan. Pelajar ini menceritakan mengenai rungutan bahawa beras tidak ada. Beliau menyatakan, beras tidak pernah tidak ada di Mesir, kerana orang Arab makan roti. Jadi banyak beras yang ada di pasaran.

Secara asasnya, tentera hanya mensasarkan orang yang merusuh manakala perusuh mensasarkan tentera. Jadi saya tidak nampak siapa yang akan datang ke rumah dan merogol dan membunuh anak-anak Melayu ini.
Jika yang balik berduyun-duyun ini adalah pelajar Medic, masih boleh dimaafkan. Mereka mungkin tidak faham tentang Jihad. Ramai pula pelajar-pelajar dari Al-Azhar yang balik. Mereka ini yang akan berceramah mengenai jihad di masjid-masjid kita nanti. Sedangkan diri sendiri pun lari dari medan perang. (Dosa yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith)

Cuba baca mengenai hukum jihad di sini atau boleh baca di bawah

Namun banyak pihak yang mendapat nama baik dalam Ops Piramid melarikan diri dari medan jihad ini antaranya kerajaan, syarikat penerbangan, insan-insan yang ponteng kerja dan pergi menyambut di airport. Pembangkang pun terdiam, bercakap pun salah, tak bercakap pun salah.

Saya merasakan kita perlu lebih mendalami ilmu mengenai jihad dan syahid untuk menuju kesempurnaan iman.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Secara umum, hukum asal dari jihad melawan orang-orang kafir adalah fardhu kifâyah.Makna fardhu kifayah yaitu apabila telah dikerjakan oleh jumlah yang cukup dari kaum muslimin, maka gugurlah dosa dari sebahagian yang lainnya. Demikian pendapat mayoritas ulama.

Dalil yang menjelaskan bahwa hukum asal dari jihad melawan orang-orang kafir adalah fardhu kifayah tertera dalam firman Allah ‘Azza wa Jalla,

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai udzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar.” (QS. An-Nisa` : 95)

Ayat ini menunjukkan bahwa orang-orang yang tidak berangkat berjihad dan tidak mempunyai udzur untuk tidak berangkat dianggap tidak berdosa karena telah ada sebagian dari kaum muslimim yang berjihad.
Baca selanjutnya di sini

Tiada ulasan: