"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS tiada calon besar di Merlimau?

legendz
Persoalannya perlukah calon besar untuk menang?(click sini) Memang tidak di nafikan faktor calon antara faktor besar yang menyumbang pengaruh kepada pengundi. Calon yang terbaik bukanlah calon yang di kenali di peringkat nasional. Andai terkenal sekalipun, jika tidak mampu berkhidmat untuk rakyat tempatan, tidak guna.



Saya sendiri telibat secara langsung dengan gerak kerja PRK Merlimau ini telah pun membuat survey dan culaan bersama petugas-petugas PAS lain. Rata-rata rakyat tempatan yang di jumpai mahukan calon tempatan. Mereka mahukan calon yang di kenali di peringkat tempatan, yang paling penting mampu berkhidmat untuk penduduk setempat.

Soal calon besar atau tidak bukan menjadi persoalan. Apa yang penting komitmen dan tanggungjawab dapat di pikul. Jangan jadi wakil rakyat yang khianat pada rakyat. Ada yang melompat setelah menang atas tiket parti yang di wakili sebelumnya. Lebih malang jadi penentang kepada parti yang di wakilinya sebelum itu.

Soal meletakkan calon bukan suatu yang remeh, bukan sekadar tangkap muat. Dalam Islam sendiri mementingkan soal memilih pemimpin, pemimpin itu haruslah di kalangan mereka yang bersih. Dalam ertikata pemimpin yang amanah dan baik akhlaknya, yang mana 'projek' utama untuk rakyat adalah soal kebajikan. Seperti pemimpin di zaman khalifah umar ibn aziz, pemimpin yang paling akhir kenyang di kala rakyat kenyang, dan pemimpin yang paling awal berlapar sebelum rakyatnya berlapar.

Matlamat PAS sendiri bertanding pilihanraya bukanlah semata-mata untuk mendapatkan kemenangan. Saya teringat taujihat dari Ust.Ghani Abd Rahman, selaku PJ PAS Melaka semasa Himpunan Pemuda yang lepas, dalam ucapannya mengigatkan petugas-petugas PAS agar menanamkan niat dalam diri bahawa penglibatan kita (PAS) di dalam pilihanraya semata-mata untuk Redha Allah.

Andai kita bergantung semata-mata kepada kekuatn fizikal kita, maka samalah kita dengan UMNO. Tetapi PAS, kekuatan kita terletak pada kebergantungan pada Allah. Allah melihat usaha kita, andai kita kalah sekalipun dalam pilihanraya, InsyaAllah kita menang di Akhirat.

Sememangnya ini yang menjadi buah semangat kepada para petugas, baik di Melaka mahupun di Malaysia umumnya. Ini yang membezakan PAS dengan parti lain. PAS bukan sekadar parti Islam, tetapi gerakan dakwah dan siasah. Yang berusaha menyelamatkan Aqidah manusia yang terlalu bergantung kepada makluk (kerajaan) kepada bergantung kepada Allah.

Allahlah yang memberi makan, bukan kerajaan, bukan BN. Mereka hanyalah asbab dan sudah menjadi tanggugjawab sebagai pemimpin, mereka harus laksanakan.

Jika PAS tiada calon besar sekalipun di Merlimau, tetapi PAS ada keyakinan dan semangat yang besar di sana..

Allahualam.

Tiada ulasan: