"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nasrudin nafi akan adakan pemeriksaan Valentine

Ketua pemuda PAS, Nasrudin Hassan menafikan laporan yang mendakwa beliau mengatakan pihak berkuasa agama di negeri Pakatan Rakyat akan menjalankan pemeriksaan terhadap pasangan pada malam 14 Februari ini, lapor Harakahdaily.

NONESebaliknya, katanya, pemuda PAS sedia memberi kerjasama kepada mana-mana kerajaan negeri khususnya Pakatan Rakyat dalam usaha membendung perbuatan tidak bermoral masyarakat pada malam hari Valentine.

"Saya tidak jahil tentang autoriti dan bidang kuasa yang ada pada kerajaan negeri.

"Saya tidak buat arahan kepada kerajaan negeri supaya ikut pemuda PAS.

"Wartawan yang menelefon saya itu telah tersalah faham," katanya.

Menurut Nasrudin, tawaran bantuan pemuda PAS itu amalan rutin mereka yang sering kali turun menyebarkan risalah dakwah kepada masyarakat khususnya yang beragama Islam pada malam sambutan tahun baru atau hari Valentine, agar mereka tidak melakukan perbutan tidak bermoral.

AFP dalam laporan Rabu lalu meletakkan tajuk “Pakatan states plan Valentine's Day crackdown”.

Agensi berita itu memetik kenyataan Nasrudin sebagai berkata bahawa pihak berkuasa agama di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan and Selangor akan mengadakan pemeriksaan terhadap mana-mana pasangan pada malam 14 Februari ini.

Sejak kenyataan itu disiarkan, Nasrudin menerima kritikan dan bidasan hebat dari pelbagai pihak termasuk rakan komponen parti Pakatan Rakyat lain termasuk DAP.

Mereka mendakwa perkara tersebut tidak pernah dibincangkan bersama dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.
valentines day 200209 01
Pemuda PAS juga dakwa mereka, telah melangkaui bidang kuasa kerajaan negeri dengan mengeluarkan 'arahan' tersebut.

Bagaimanapun, Nasrudin menafikan laporan berkenaan dan mendakwa berlaku sedikit salah faham dalam laporan agensi berita itu.

"Saya hanya menyatakan kami bersedia bekerjasama dengan negeri yang mempunyai hasrat yang sama dengan kami.

"Saya yakin tidak ada negeri yang suka gejala sosial berleluasa, termasuk DAP Pulau Pinang.

"Jadi atas dasar itulah kami membuat tawaran untuk membantu kerajaan negeri, itu pun kalau mereka mahu," katanya.

Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah memfatwakan haram bagi umat Islam menyambut hari Valentine atau hari kekasih pada setiap 14 Februari.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: