"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar Oxford bantah daging halal

satubenih 
Beratus pelajar Universiti Oxford melahirkan kemarahan apabila menyedari yang mereka disajikan dengan daging halal secara rahsia.

Pelajar Toff (gelaran untuk pelajar Oxford) tidak dimaklumkan tentang makanan mereka yang datangnya dari binatang yang disembelih tanpa dipengsankan terlebih dahulu.

Pembunuhan secara Islam dikecam oleh kumpulan-kumpulan pelindung binatang kerana kaedahnya yang dianggap ”kejam”.

Satu sumber maklumat bebas mendedahkan bahawa 17 kolej di Universiti Oxford disajikan secara rutin dengan daging halal.

Field Fresh Farms, syarikat yang membekalkan makanan kepada kolej-kolej terbabit temasuklah St Catherine’s dan Brasenose (gambar bawah), mengesahkan yang daging tersebut disediakan secara halal.

Pengurus Besar Simon Warren memberitahu akhbar pelajar Cherwell bahawa, sehingga Jun tahun lepas, daging tersebut didatangkan dari Mutch Meat Abattoir di Witney, Oxon.

Beliau berkata: ”Kami memang sedia maklum dengan isu-isu prosidur penyembelihan di Mutch Meat.

”Saya difahamkan oleh penyembelih bahawa terdapat tompokan darah pada daging bermaksud binatang-binatang itu berada dalam keadaan sengsara sebelum dibunuh.”

Pelajar-pelajar meluahkan perasaan marah kerana makanan-makanan tersebut disediakan secara halal tanpa pengetahuan mereka.

Seorang pelajar di kolej Brasenose berkata: ”Ini sudah melampau. Kami ingat makanan yang diambil adalah dari binatang yang tidak melalui kesengsaraan yang sepatutnya.

”Ini satu penipuan besar, tidak kira apa pandangan awak tentang agama, setiap orang berhak dimaklumkan tentang dari mana datangnya makanan mereka.

”Jika orang Muslim minta supaya dimaklumkan jika sesuatu makanan itu tidak halal, maka orang bukan-Muslim juga berhak untuk dilayan seperti itu.”

Seorang pelajar lain berkata kepada Cherwell: ”Saya tidak suka kerana selama ini kami makan makanan halal dan tidak mengetahuinya.

Selanjutnya...

Tiada ulasan: